Skip to content
Sign In
01 Oct 2026

5 Tanda Masalah Kesuburan Suami dan Isteri di Malaysia

Pasangan suami isteri yang cuba menimang cahaya mata setelah berkahwin selama beberapa tahun kadangkala tidak sedar tentang satu perkara. Perkara tersebut adalah tidak subur.

Kalau cakap berkenaan tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Namun, pada hakikatnya masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.


PUNCA MASALAH TIDAK SUBUR

Antara punca ketara masalah tidak subur adalah akibat daripada gaya hidup yang semakin tidak sihat. Kecenderungan masyarakat memilih makanan segera antara faktor yang perlu diberi perhatian.

Pengambilan makanan segera ditambah dengan kurang bersenam secara tidak langsung mengganggu masalah kesuburan individu tidak kira kepada lelaki mahupun wanita. Peningkatan penyakit kronik dalam kalangan golongan muda seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti antara penyebab menurunnya tahap kesuburan.

Selalunya apabila timbul masalah ini, individu wanita akan sering menjadi mangsa. Mereka akan dianggap sebagai punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan. Tetapi adakah benar hanya wanita sahaja yang mengalami masalah ketidaksuburan ini?

5 TANDA TIDAK SUBUR UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Berikut adalah 5 tanda tidak subur yang boleh anda dan pasangan anda perhatikan.


  1. Kitaran Haid yang Tidak Teratur

Ketika haid bermula, mengalami tempoh yang tidak teratur boleh menjadi normal. Tubuh memerlukan sedikit masa untuk diatur. Namun, setelah anda melalui usia remaja, kitaran haid anda haruslah tetap. Mengalami kitaran tidak teratur boleh menjadi sesuatu yang harus diperhatikan kerana ia boleh menjadi tanda masalah ovulasi.


Haid yang tidak teratur ditafsir sebagai tempoh kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang 24 hari atau terlampau lama melebihi 35 hari. Haid yang datang tanpa diduga juga dianggap sebagai masalah kitaran haid tidak teratur.


       2. Masalah Keguguran

Masalah keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Sebaliknya, ianya berlaku pada hampir 20% daripada kebanyakan kadar kehamilan. Walaubagaimanapun, keguguran berulang kali bukan sesuatu yang biasa. Hanya 1% wanita akan keguguran tiga kehamilan berturut-turut.

Sekiranya anda mengalami dua keguguran berturut-turut, berbincanglah dengan doktor anda.


       3. Masalah Ejakulasi

Masalah berkaitan kesuburan bagi lelaki selalunya sukar untuk dikenal pasti. Biasanya masalah berkaitan jumlah sperma yang rendah atau laluan sperma yang terhalang hanya boleh ditentukan berdasarkan analisis sperma di makmal.

Ini bermakna seseorang individu lelaki tidak akan dapat mengesan jika wujudnya masalah tersebut. Tetapi sekiranya pasangan anda mungkin mengalami masalah disfungsi ereksi, ia turut boleh menjadi masalah ketidaksuburan.


    4.Umur Makin Meningkat

Kesuburan wanita dan lelaki menurun seiring dengan penambahan kadar usia. Risiko kemandulan meningkat pada usia 35 tahun bagi wanita dan akan terus meningkat.

Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh usia — walaupun tidak begitu drastik seperti pada wanita. Penyelidikan mendapati bahawa seiring bertambahnya usia, kesuburan lelaki dan kesihatan sperma menurun (termasuk peningkatan sperma yang rosak DNA).


    5. Penyakit Kronik

Penyakit kronik, serta perawatannya juga dapat menyebabkan masalah kesuburan. Diabetes, penyakit seliak yang tidak dirawat, penyakit periodontal, dan hipotiroidisme dapat meningkatkan risiko anda untuk kemandulan.

Kadang kala, rawatan untuk penyakit kronik boleh memberi kesan negatif terhadap kesuburan. Tambahan pula, insulin, antidepresan, dan hormon tiroid boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur.

Namun demikian, ini tidak bermakna anda tidak akan berpeluang menimang zuriat jika anda mendapati diri dan pasangan anda tidak subur.

 Dapatkan nutrisi persediaan kehamilan dari Susu Efferty, susu bernutrisi diformulasikan oleh Dr.Raihana Ismail. Semoga asbab Susu Efferty, impian anda dan suami membina keluarga bahagia tercapai. 

Dapatkan susu Efferty hari ini! Dapatkannya di laman web Efferty Mama.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×