Skip to content
Sign In
19 Jun 2025

Panduan Lengkap Test OPK: Cara Guna & Ujian Kesuburan Wanita

Bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil, adalah sangat penting untuk menjalani ujian ovulasi (ovulation test) bagi meningkatkan peluang untuk hamil. 

Kitaran haid bermula pada hari pertama pengeluaran haid anda. Purata kitaran haid wanita normal adalah di antara 28-35 hari. Tempoh ovulasi atau waktu subur biasanya di antara hari ke-14 hingga hari ke-21 dalam kitaran haid.

Pada tempoh ini, hormon yang dikenali sebagai hormon luteinizing (LH) akan melonjak dan memberi signal untuk pengeluaran ovum atau telur matang. Pada masa yang sama, lendir serviks akan menjadi lebih licin untuk membantu sperma berenang menuju ke telur tersebut.

Selain penjangkaan secara manual untuk waktu ovulasi, penggunaan kit ujian ovulasi atau test OPK (ovulation predictor kit) dapat membantu dengan ketepatan yang lebih tinggi. Mari ketahui lebih lanjut mengenai kit ujian ini.

Pek bungkusan kit ujian kesuburan (OPK) Efferty untuk mengesan hormon LH wanita.

Apa Itu Ujian Ovulasi & Test Kesuburan Perempuan?

Ujian ovulasi merupakan sejenis ujian kesuburan wanita yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau di klinik, bagi mengesan tempoh pengeluaran telur matang. Tujuan ovulation test ini adalah untuk mengetahui waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil

Cara untuk menjalankan ujian kesuburan ini adalah dengan menggunakan kit ujian kesuburan wanita seperti kit OPK (ovulation predictor kit). Kit OPK boleh didapati di klinik atau kaunter farmasi berdekatan anda.

Gunakan kit OPK dari Efferty sebagai alat ujian kesuburan wanita agar mudah untuk anda menjumpai waktu subur.

Cara Kit Test OPK Menentukan Kesuburan Anda

Kit ujian ovulasi berfungsi sama seperti ujian kehamilan, iaitu dengan menggunakan air kencing. Strip ujian OPK akan mengesan kehadiran hormon luteinizing (LH) di dalam air kencing. Hormon ini akan melonjak sewaktu ovulasi menandakan pengeluaran telur matang. 

Terdapat dua jenis kit OPK yang selalu digunakan; kit OPK kendiri dan kit OPK di klinik. Kedua-dua jenis kit OPK mengandungi bahan yang sama tetapi berbeza dari segi rupa dan pembungkusan. Kit OPK kendiri lebih mudah dan praktikal digunakan kerana ianya boleh digunakan di mana-mana.  

Kit OPK versi klinik pula datang dalam dua bentuk; kecil dan besar. Perbezaan saiz adalah kerana kit OPK mini hanya perlu bertahan sehingga 7 hari manakala OPK besar bertahan sehingga 10 hari.

Cara baca keputusan test OPK dengan perbandingan garisan kawalan dan ujian.

Cara Menggunakan Ovulation Test Kit Selepas Tamat Period

Kit OPK sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu mengumpulkan air kencing di dalam bekas, seterusnya mencelup kit OPK ke dalam air kencing selama beberapa minit sehingga garis penunjuk muncul. Dua garis penunjuk yang muncul pada batang strip menandakan OPK positif, menandakan anda sedang subur. 

Cara betul menggunakan kit OPK ialah dengan mencelupkan kit OPK ke dalam sampel air kencing. Biarkan kit meresap selama 2 minit. Kemudian diangkat, dikeringkan lalu lihat hasilnya pada batang kit.

Contoh hasil ujian kesuburan menggunakan kit OPK Efferty. Contoh OPK positif boleh dilihat apabila dua garis terang muncul pada batang kit, menandakan badan anda di dalam fasa hari subur.

Bagi menentukan waktu ovulasi dengan tepat, kit OPK sesuai digunakan seawal 2-3 hari selepas tarikh haid berakhir. Sebagai contoh, jikalau kitaran haid anda berlangsung selama 28 hari dan hari ketujuh haid berakhir, kit OPK boleh mula digunakan pada hari ke 10 dalam kitaran haid anda. 

Bagi kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh menggunakan rekod kitaran haid selama 6 bulan. Gunakan kitaran haid terpendek bagi menentukan waktu subur, yang berkemungkinan berlaku pada pertengahan kitaran haid tersebut. 

Panduan Membaca Contoh OPK Positif vs Negatif

Setelah memahami bagaimana kit ujian OPK berfungsi, langkah seterusnya adalah membaca keputusan dengan betul. Menggunakan kit OPK dapat memberikan keputusan yang jelas sama ada anda berada dalam fasa subur atau tidak. Berikut adalah cara untuk membezakan keputusan OPK positif dan negatif:

Perbezaan Antara Garis Kawalan (C) dan Garis Ujian (T)

  1. Garis Kawalan (C):
    Ini adalah garis yang muncul setiap kali ujian dilakukan dengan betul. Garis ini menunjukkan bahawa kit OPK berfungsi dan keputusan adalah sah.

  2. Garis Ujian (T):
    Garis ini menandakan tahap hormon LH yang terdapat dalam air kencing. Tahap kegelapan garis ujian T menunjukkan tahap hormon luteinizing yang dibebaskan pada waktu ujian kit OPK dilakukan. Semakin pekat warna garis ujian T, semakin tinggi paras hormon luteinizing dibebaskan. Warna garis ujian T yang pekat menandakan badan anda sedang bersiap nak berovulasi, atau lain kata hari subur bakal muncul. 

Keputusan OPK Positif

Jika Garis Ujian (T) adalah sama gelap atau lebih gelap daripada Garis Kawalan (C), ini menunjukkan bahawa hormon LH melonjak, menandakan ovulasi akan berlaku dalam 12-48 jam. Ini adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bagi meningkatkan peluang kehamilan.

Keputusan OPK Negatif

Jika Garis Ujian (T) lebih cerah atau tiada langsung, ini bermakna tahap hormon LH masih rendah, menandakan ovulasi belum berlaku. Namun begitu, keputusan ujian OPK negatif ini boleh muncul jika ujian dilakukan terlalu awal atau terlambat dalam kitaran haid.

Maksud Keputusan OPK Positif & Contoh OPK Positif

Kit OPK selalunya hadir dengan 5 ke 10 batang strip. Bagi mengesan lonjakan hormon luteinizing (LH), anda perlu melakukan ujian OPK selama beberapa hari. 

Keputusan OPK positif yang dilihat menerusi garis dua pada batang strip merupakan  petanda hormon LH sedang memuncak, dan bermulanya tempoh subur anda.  Dengan maklumat ini, anda boleh merancang untuk melakukan persetubuhan pada hari ovulasi agar potensi hamil anda tinggi. 

Teruskan test OPK berturut-turut sehingga keputusan negatif kerana ovum atau telur dijangka dilepaskan dalam tempoh 12-48 jam selepas keputusan OPK positif yang terakhir.

Wanita yang gembira kerana mendapat keputusan test OPK positif untuk ikhtiar hamil.

OPK Positif Tanda Hamil? Beza Ujian Ovulasi & Kehamilan

Jawapannya tidak. Hal ini kerana kit OPK berfungsi untuk memantau hormon LH dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika ovulasi sedang berlaku. Ianya berbeza dengan ujian kehamilan yang mana kit ujian kehamilan mengesan hormon HCG petanda kehamilan.

Sekiranya anda mempunyai tanda hamil dan inginkan kepastian, dapatkan kit ujian kehamilan di farmasi atau lakukan ujian kehamilan di klinik.

Akhir kata, semoga maklumat kit ujian OPK ini berkesan untuk meningkatkan peluang kehamilan anda. Bagi mengesan waktu ovulasi dengan lebih berkesan, anda disarankan untuk menggunakan kaedah suhu badan basal bersama-sama dengan kit ujian OPK. 

Nak lagi mudah, gunakan kit OPK dari Efferty dan  Buku Perancang Kehamilan Efferty atau aplikasi pintar di telefon bimbit bagi merekodkan carta kesuburan anda.  Melalui maklumat ini, anda dan pasangan akan lebih mudah merancang waktu bersama agar potensi kehamilan ditingkatkan

Ingin dapatkan produk kesuburan terbaik di Malaysia untuk yang sedang ikhtiar hamil?  Kunjungi Efferty Mama untuk dapatkan produk kesuburan terbaik seperti Susu Subur Efferty. Dah lebih 1500 wanita berjaya hamil dengan konsisten mengamalkan Susu Subur Efferty. Follow juga media sosial kami untuk dapatkan lebih banyak tips cepat hamil, promosi terhebat dan hadiah menarik dari Efferty untuk pengguna bertuah. 

 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Test OPK

  • Bila waktu terbaik untuk buat test OPK setiap hari?


    Waktu terbaik untuk menggunakan kit ujian kesuburan (test OPK) adalah pada waktu tengah hari hingga awal malam (antara 12 tengah hari hingga 8 malam). Berbeza dengan UPT, elakkan menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana hormon Luteinizing (LH) biasanya disintesis pada waktu pagi dan akan memuncak dalam air kencing pada lewat hari. Pastikan anda kurangkan minum air 2 jam sebelum ujian untuk mengelakkan sampel air kencing menjadi cair.

  • Bagaimana cara membaca contoh OPK positif dengan tepat?


    Untuk membaca keputusan test kesuburan wanita ini, perhatikan dua garisan pada batang strip: Garisan Kawalan (C) dan Garisan Ujian (T). Keputusan dikira OPK positif hanya jika Garisan T sama terang atau lebih gelap daripada Garisan C. Jika Garisan T kelihatan samar atau lebih pudar, ia masih dikira negatif. Anda disarankan menggunakan Kit OPK dari Efferty kerana ia direka untuk memberikan garisan keputusan yang jelas dan mudah ditafsir.

  • Mengapa saya mendapat OPK positif dekat tarikh turun haid? Adakah ia ini petanda saya sudah hamil?


    Ya, ia berpotensi menjadi tanda awal kehamilan. Kit OPK direka untuk mengesan hormon LH, tetapi hormon kehamilan (hCG) mempunyai struktur molekul yang hampir sama dengan LH. Jika anda mendapat keputusan OPK positif dekat tarikh period (sedangkan anda sudah melepasi fasa ovulasi), kit tersebut mungkin bertindak balas terhadap hCG. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan yang 100% tepat, anda wajib melakukan ujian kehamilan (UPT) atau membuat pemeriksaan di klinik.

  • Apakah tindakan seterusnya jika saya mendapat OPK positif sehari sahaja?


    Mendapat keputusan OPK positif sehari sahaja adalah sangat normal. Lonjakan hormon LH (LH surge) selalunya berlaku dengan sangat pantas. Tindakan paling strategik adalah segera melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam tempoh 12 hingga 48 jam selepas melihat hasil ujian positif tersebut. Keputusan ujian kit OPK positif menandakan sel telur (ovum) anda sudahpun dilepaskan dari ovari dan sedang bersedia untuk disenyawakan.

  • Di mana wanita di Malaysia boleh mendapatkan kit ujian kesuburan dan produk sokongan kehamilan yang dipercayai?


    Wanita yang sedang ikhtiar hamil di Malaysia boleh mendapatkan kit ujian kesuburan (OPK) yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan terus dari platform jualan di laman web Efferty Mama. Selain alat ujian, Efferty sangat sinonim dengan Susu Efferty, formulasi nutrisi yang telah terbukti membantu lebih 6000 wanita berjaya hamil. Anda boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi Efferty atau rangkaian pengedar sah kami di seluruh negara.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×