DASAR PRIVASI

Sila pastikan Dasar Privasi ini dibaca dengan teliti sebelum menggunakan atau memberi maklumat ke laman sesawang ini.

1.       Penggunaan maklumat

Kami menghormati hak-hak privasi para pengguna laman sesawang ini. Sekiranya maklumat peribadi diperlukan bagi tujuan tertentu yang dinyatakan dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat

2.       Pengumpulan Maklumat Peribadi

Pihak Efferty International Sdn Bhd mengumpul data peribadi yang boleh dikenalpasti mengenai anda dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan, informasi atau untuk memberi maklumbalas kepada anda. Ini adalah hanya sekiranya anda memberi maklumat yang diperlukan secara sukarela. (Maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi individu tertentu dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan individu tersebut.)

3.       Pendedahan maklumat

Pihak Efferty International Sdn Bhd tidak akan berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun yang bukan berkaitan melainkan mengikut undang-undang dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Laman ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan yang sama seperti laman sesawang yang lain di mana Dasar Privasi ini tidak boleh diguna pakai di laman sesawang lain. Pihak Efferty International Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan di dalam laman-laman sesawang yang lain. Sila pastikan anda membaca dengan teliti dan bersetuju dengan Dasar Privasi setiap laman sesawang yang dilayari.

Setiap kali anda menghantar maklumat menerusi laman sesawang ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Sekiranya anda memaklumkan kepada Pihak Efferty International Sdn Bhd bahawa maklumat tersebut tidak lagi boleh digunakan pakai bagi tujuan menghubungi anda seterusnya, Pihak Efferty International Sdn Bhd akan menghormati permintaan anda.

Pihak Efferty International Sdn Bhd berhak untuk menukar atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa yang perlu. Sekiranya kami menukar sebarang Dasar dan Prosedur Privasi di atas talian, kami akan memaparkan perubahan-perubahan tersebut di dalam laman sesawang ini untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini yang terkumpul, bagaimana cara kami menggunakannya dan dalam keadaan bagaimana kami akan mendedahkannya. Sebarang perubahan atau kemaskini akan berkuatkuasa serta-merta setelah dipaparkan di laman-laman sesawang. Sila semak sekerap mungkin, terutamanya sebelum anda memberikan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti.

Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada dropshipper, Agen atau stokis  (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang kami, juruaudit dan bank) untuk apa-apa Tujuan.

 

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat,  lengkap dan terkini. Anda boleh mengakses dan memohon untuk membetulkan data peribadi anda, mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda seperti yang berikut:
PIC: CIK YAYA
No. Telefon: 019-220 2771
Alamat E-Mel : efferty.hq@gmail.com

Apabila anda memberikan data peribadi anda atau maklumat mengenai orang lain kepada kami, anda perlu mendapatkan pengesahan/kebenaran bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi memproses data peribadi mereka.