Home Kesuburan dan Ikhtiar Hamil Sindrom Ovari Polisistik (PCOS): Gejala, Punca & Kawalan Simptom untuk Kesuburan Wanita

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS): Gejala, Punca & Kawalan Simptom untuk Kesuburan Wanita

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic ovary syndrome, PCOS) ialah masalah gangguan hormon di dalam badan yang mana wanita menghidap PCOS mempunyai lebihan hormon androgen (hormon lelaki). Ianya punca ketidaksuburan wanita yang paling biasa dalam kalangan wanita Malaysia.

Kebiasaannya, pesakit PCOS mempunyai banyak sista kecil (follicle cyst) di dalam ovari apabila melakukan imbasan ultrasound. Sista-sista kecil ini menyebabkan ianya tidak dapat berkembang ke folikel atau telur matang, lalu menyebabkan hormon-hormon berkaitan kesuburan wanita seperti progesteron, estrogen, follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormon (LH) tidak dapat dirembeskan sewajarnya. Lalu menyebabkan gangguan keseimbangan hormon seks di dalam badan wanita menghidap PCOS. 

Ingin ketahui lebih lanjut mengenai PCOS dan bagaimana ianya penyebab ketidaksuburan wanita? Teruskan membaca artikel ini. 

Apakah itu PCOS?

Sindrom ovari polisistik atau polycystic ovary syndrome (PCOS) ialah kondisi di mana keseimbangan hormon seks wanita terjejas. Hanya 20% wanita didapati menghidap PCOS. Kebanyakan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko menghidapi PCOS. Oleh itu, penurunan berat badan dikaitkan dengan hilangnya simptom PCOS dan turunnya kadar hormon lelaki. 

Secara lazimnya, PCOS turut mengakibatkan:

  • Kitaran haid yang tidak normal atau tiada haid langsung
  • Pertumbuhan jerawat dan bulu di bahagian badan dan wajah yang tidak diingini
  • Meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Menjelang umur 40 tahun, 40% wanita menghidap PCOS akan mengalami diabetes atau pre-diabetes. 

Apakah Punca PCOS?

Setakat ini, punca masalah PCOS masih tidak diketahui. Faktor penyumbang kepada penyakit PCOS adalah seperti berikut:

Genetik / keturunan:

Kajian menunjukkan bahawa terdapat gen tertentu dikaitkan dengan pembawaan penyakit PCOS. Selain itu, sejarah keturunan penyakit PCOS juga mungkin menjadi salah satu faktor penyebab PCOS.

Rintangan terhadap insulin:

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Ianya berperanan mengawal paras glukosa (gula) ke paras normal di dalam badan. Insulin bekerja dengan menukar glukosa ke dalam bentuk yang mudah diguna pakai oleh sel-sel badan dan memindahkan glukosa ke organ-organ lain di dalam badan.

Dianggarkan 70 peratus wanita yang menghidap PCOS mempunyai rintangan insulin, mengakibatkan sel badan tidak dapat menggunakan glukosa sebaiknya. Keadaan ini menyumbang pada paras glukosa yang tinggi di dalam darah (diabetes) dan pertambahan berat badan (obesiti).  

Lebihan gula di dalam darah mengakibatkan badan menghantar signal untuk penghasilan lebih banyak insulin. Insulin yang berlebihan ini mengakibatkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon androgen (hormon lelaki).

Keradangan tubuh:

Wanita PCOS  akan mempunyai tahap keradangan yang tinggi di dalam badan akibat pertambahan berat badan.  Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti of California  mendapati terdapat hubungkait di antara keradangan berlebihan dan hormon androgen yang tinggi di dalam tubuh pesakit PCOS.

Apakah Simptom & Tanda PCOS Pada Wanita?

Penyakit PCOS boleh didiagnosis menerusi rekod kitaran haid, kadar hormon androgen, imbasan ultrasound pada rahim dan perubahan berat badan. 

Disebabkan PCOS menyebabkan ketidakseimbangan hormon, ianya mencetuskan beberapa simptom fizikal seperti perubahan berat badan dan tumbuhnya lebih banyak bulu pada badan wanita. Simptom-simptom sebegini sememangnya menggugat penampilan dan menyebabkan pesakit PCOS merasa rendah diri dengan penampilan mereka. 

Antara simptom lain PCOS adalah seperti berikut:

  • Kitaran haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung
  • Kesukaran untuk hamil setelah lebih 2 tahun mencuba tanpa memakai sebarang peralatan pencegah kehamilan
  • Pertumbuhan bulu yang tidak terkawal pada bahagian badan dan wajah
  • Pertambahan berat badan 
  • Rambut gugur
  • Kulit terlalu berminyak
  • Pertumbuhan jerawat tidak terkawal
  • Cenderung mengalami kemurungan

Sekiranya anda mengalami lebih dari satu tanda-tanda di atas, besar kemungkinan anda menghidap PCOS. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan rapi daripada doktor. 

Bagaimanakah caranya untuk mengawal simptom penyakit PCOS?

Simptom PCOS boleh dikawal dengan cara berikut:

Kawalan Simptom Penyakit PCOS 1: Perubahan Gaya Hidup dan Menjaga  Pemakanan

Pesakit PCOS disarankan untuk mengubah gaya hidup dengan menjaga  pemakanan, bersenam,dan menurunkan berat badan. Simptom PCOS boleh dikawal dengan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak 5-10 peratus boleh mengembalikan kitaran haid normal dan kesuburan meningkat.

Dalam menjaga pemakanan, ramai yang tidak tahu makanan tidak berkhasiat menyebabkan simptom PCOS semakin teruk dan kilang telur “tidur”. Elakkan dari memakan makanan berpengawet tinggi seperti sos cili, MSG, santan kotak, mi segera dan makanan rapu. 

Pilih makanan berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi tinggi. Dalam jangka masa panjang, kitaran haid akan semakin teratur dan kilang telur dapat berfungsi kembali seperti normal.

Bagi menjaga pemakanan sihat untuk tingkatkan kesuburan anda, dapatkan Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C dari Efferty Mama untuk melengkapkan keperluan nutrisi. Antara nutrisi bagus untuk tingkatkan kesuburan adalah seperti asid folik, vitamin C, inositol dan prebiotik terdapat di dalam Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C

Selain itu, penurunan berat badan dan menjaga pemakanan  membantu mengurangkan risiko penyakit lain seperti diabetes, strok dan penyakit jantung.

Kawalan Simptom Penyakit PCOS 2: Kawalan Simptom Menerusi Preskripsi Ubat

Terdapat ubat-ubatan gantian hormon dan ubat kesuburan seperti pil perancang dan progestin yang dipreskripsi oleh doktor bagi dapat membantu meregulasi kitaran haid dan mengawal  simptom PCOS. Pengambilan ubatan ini haruslah mendapat preskripsi khusus dari doktor. 

Bolehkah Pesakit PCOS Hamil?

Semestinya boleh! Terdapat banyak kisah kejayaan pesakit PCOS berjaya hamil setelah kesuburan berjaya dikembalikan. Ada juga wanita yang menghidapi PCOS ini berupaya untuk hamil secara semulajadi tanpa bantuan rawatan kesuburan. 

Sekiranya anda pesakit PCOS betul-betul serius hendak menimang cahaya mata, pertama sekali anda perlu mengawal simptom PCOS dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan menurunkan berat badan. Dalam jangka masa panjang, kesuburan dapat dikembalikan. Jika perlu dapatkan rawatan dan preskripsi doktor bagi kawalan simptom PCOS.  

Sambil ikhtiar mengawal simptom PCOS, kembalikan kesuburan anda dengan makanan nutrisi tambahan dari Efferty. Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C diformulasi khas oleh Dr. Raihana Ismail untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi bakal ibu agar masalah kesuburan seperti PCOS dapat diatasi. Dapatkannya sekarang dengan melawat Shopping Page Efferty. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *