Home Kesuburan dan Ikhtiar Hamil Kitaran Haid: Cara Pengiraan Fasa Subur dan Masalah Haid Wanita Malaysia

Kitaran Haid: Cara Pengiraan Fasa Subur dan Masalah Haid Wanita Malaysia

Pernahkah anda merekod kitaran haid (period cycle) anda? Jika tidak pernah, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memberi perhatian pada kitaran haid anda.  

Pentingnya ketahui kitaran haid agar masalah kesihatan dan masalah kesuburan dapat dikenal pasti lebih awal. Mengetahui kitaran haid membolehkan anda menentukan waktu subur dengan lebih tepat. Perubahan pada kitaran haid mungkin juga petanda awal kehamilan. Jadi, dengan mengetahui bilakah tarikh akhir haid, doktor dapat menentukan usia kehamilan dengan lebih tepat.

Kitaran haid merupakan suatu proses semula jadi bagi wanita. Proses ini dikawal selia oleh hormon seks wanita seperti estrogen, progesteron dan luteinizing hormon (LH). Haid berfungsi untuk menyingkirkan lapisan dinding rahim apabila anda tidak hamil. Lapisan dinding rahim yang gugur menyebabkan pendarahan biasa pada setiap bulan. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai haid dan kaitannya dengan kesuburan wanita.

Apakah Itu Kitaran Haid Normal

Kitaran haid merupakan kitaran tubuh wanita sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kehamilan. Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan telur matang atau ovum. Proses ini dikenali sebagai ovulasi. Dalam masa yang sama, perubahan hormon berlaku di dalam badan wanita untuk mempersiapkan dinding rahim jika berlaku  kehamilan.

Apabila persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, hormon badan akan menghantar signal kepada rahim untuk menyingkirkan selaput dinding rahim. Penyingkiran dinding rahim inilah yang akan dikeluarkan sebagai darah haid wanita.

Purata tempoh kitaran haid yang normal adalah sekitar 28-32 hari. Sekiranya ianya berada di luar julat tersebut, kitaran haid anda tidak normal. Jika kitaran anda lebih pendek atau panjang, tetapi ianya konsisten pada setiap bulan, ia merupakan kitaran normal bagi anda. 

Cara Kira Kitaran Haid

Untuk ketahui sama ada kitaran haid anda normal atau tidak, anda harus mula mencatat kitaran haid bulanan. Gunakan Buku Perancang Kehamilan Efferty atau aplikasi pintar di telefon bimbit bagi merekodkan carta kitaran haid anda. Tarikh mula haid merupakan hari pertama kitaran haid, dan manakala tarikh terakhir sebelum haid seterusnya merupakan hari terakhir kitaran haid. Corak kitaran haid boleh dikenal pasti selepas 6 bulan. 

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang haid anda, rekodkan juga maklumat tambahan seperti berikut:

  • Tarikh akhir: Berapa lama haid anda pada kebiasaannya? Adakah ia lebih lama atau lebih pendek daripada biasa?
  • Jumlah  tuala wanita (period pad): berapa banyak tuala wanita (period pad) yang anda guna dalam sehari?
  • Aliran haid: Adakah aliran haid anda terlalu banyak atau terlalu sedikit daripada biasa? Berapa kerap anda perlu menukar tuala wanita? Adakah anda melihat sebarang ketulan darah?
  • Pendarahan tidak normal: Adakah anda mengalami sebarang pendarahan tidak normal dan luar daripada kebiasaan?  
  • Sakit haid atau senggugut: Rekodkan sebarang kesakitan yang berkaitan dengan haid anda; Adakah kesakitan tersebut lebih teruk daripada biasa?
  • Sebarang perubahan lain: Adakah anda mengalami sebarang perubahan mood dan tingkah laku sepanjang kitaran haid? 

Merekod segala butiran kitaran haid mungkin membantu anda mengesan sebarang masalah berkaitan kesihatan dan kesuburan  dengan lebih awal.

Cara Kira Fasa Subur di Dalam Kitaran Haid

Setelah mencatat kitaran haid anda, pengiraan waktu subur menjadi lebih mudah. Walaupun kitaran haid adalah berbeza bagi setiap wanita, proses ovulasi kebiasaannya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid akan datang. 

Gunakan Buku Perancang Kehamilan Efferty atau aplikasi pintar di telefon bimbit bagi merekodkan waktu subur dengan lebih tepat. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tak teratur pula, penggunaan kit pengesan ovulasi (ovulation predictor kit, OPK) dapat membantu  mengesan waktu subur berdasarkan indikator hormon, perubahan cairan faraj dan tanda-tanda badan sedang berovulasi. 

Setelah berjaya mengesan waktu ovulasi, anda bolehlah merancang untuk mengadakan hubungan intim bersama pasangan pada hari ovulasi agar peluang kehamilan ditingkatkan.  

Masalah Haid Tak Teratur dan Kaitannya dengan Kesuburan

Masalah haid tak teratur mempunyai pelbagai punca. Ianya sering kali berkait rapat dengan masalah kesihatan am dan masalah kesuburan.  Punca-punca haid tak teratur adalah seperti berikut: 

  • Sedang Hamil Dan Menyusukan Bayi

Haid yang tidak datang/lewat daripada kebiasaan petanda anda sedang hamil.  Penyusuan susu ibu juga biasanya melambatkan kedatangan haid selepas kelahiran bayi.

  • Gaya Hidup : Gangguan Pola Pemakanan, Penurunan Berat Badan,  Senaman Yang Berlebihan & Stress Melampau:

Gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa dan bulimia boleh mengganggu kitaran haid normal akibat kekurangan nutrisi penting bagi mengawal haid normal. Wanita memerlukan sekurang-kurang 17% lemak badan untuk haid secara normal.

Wanita yang menggunakan dadah rekreasi seperti pil syabu dan ecstasy berisiko mengalami pola haid tidak teratur.

Penurunan berat badan secara drastik, stress melampau  dan terlalu banyak bersukan boleh mengganggu kitaran haid dan kesuburan. Hal ini menyebabkan kelenjar adrenal menjadi lesu lalu menyumbang kepada kekurangan hormon estrogen. Susulan daripada ini, kilang telur tidak dapat berfungsi sempurna yang mana ovum tidak dapat matang secukupnya atau lambat berovulasi.  

  • Penggunaan Pil Perancang atau Kaedah Perancangan Keluarga

Kebanyakan kaedah perancangan keluarga menggunakan hormon sintetik mengakibatkan gangguan kitaran haid. Misalnya penggunaan alat pencegah hamil intrauterine device (IUD) jenama Mirena merembeskan hormon progesteron bagi membuatkan cairan serviks dan faraj lebih pekat supaya sperma lelaki tidak dapat berenang ke rahim. 

Kesan sampingan IUD Mirena terhadap kitaran haid ialah berkurangnya, tiada langsung aliran haid dan haid tak teratur setelah 3 bulan pemasangan IUD di dalam rahim.  

  • Masalah Kilang Telur

Kilang telur “tidur” merujuk kepada kondisi di mana kilang telur wanita, ovari tidak dapat menghasilkan ovari matang untuk persenyawaan. Ovari dihasilkan juga kosong, yang biasa kita panggil “blighted ovum”.  

Masalah pada kilang telur wanita merupakan antara punca haid tak teratur, contohnya penyakit PCOS dan barah ovari. Masalah kilang telur boleh juga berlaku pada pesakit yang sedang menjalani rawatan  kanser seperti kimoterapi dan radioterapi.

  • Masalah kesuburan wanita 

Masalah kesuburan wanita seperti endometriosis menyumbang kepada masalah kitaran haid. Begitu juga dengan masalah fibroid, PCOS, kandungan luar rahim, kanser rahim, kanser serviks dan keseimbangan hormon seks wanita.  Rekod kitaran haid memberi petunjuk penting kepada pakar sakit puan dalam mengesan masalah kesuburan wanita.  

  • Masalah kesihatan am

Masalah kesihatan am seperti rheumatoid arthritis, systemic lupus erythematosus, kecacatan atau kecederaan kelenjar pituitari, diabetes jenis ke-2 dan masalah kelenjar tiroid berisiko memporak-porandakan kitaran haid anda. Terdapat juga kes jangkitan COVID-19 jangka panjang (long COVID-19) dan jangkitan virus Ebola menggugat kitaran haid. 

Jangkitan COVID-19 berkemungkinan menjejaskan kaitan antara kelenjar hypothalamus, kelenjar pituitari, ovari dan endometrium dalam mengawal kitaran haid. Kesannya ialah ketiadaan haid buat sementara waktu atau haid tidak seragam pada pesakit COVID-19.

Begitu juga dengan kesan sampingan rawatan dan ubat-ubatan tertentu yang menjejaskan keseragaman kitaran haid. Pendedahan kepada hazard (bahaya) di tempat kerja seperti bahan kimia berbahaya, radiasi berbahaya, pencemaran udara dan persekitaran berisiko menggugat kitaran haid normal. 

Pentingnya Berjumpa Doktor jika  Masalah Haid Berpanjangan atau Tidak Teratur

Walaupun kitaran haid tidak teratur merupakan perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun terdapat beberapa keadaan yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor. Antaranya termasuklah:

  • Tempoh haid berpanjangan daripada kebiasaan. Tempoh haid normal adalah sekitar 2-8 hari. Tetapi jika haid melebihi atau terkurang dari lingkungan ini, disarankan untuk berjumpa doktor.
  • Aliran darah haid dan ketulan darah yang terlalu banyak. Jumlah aliran haid normal adalah sekitar 30ml. Jumlah aliran haid melebihi 80ml adalah tidak normal dan memerlukan perhatian daripada doktor.  
  • Sakit abdomen yang teruk semasa haid 
  • Keputihan yang tidak normal dan berbau busuk
  • Demam panas ketika haid
  • Pendarahan faraj selepas menopaus
  • Kitaran haid tiba-tiba menjadi tidak teratur ataupun langsung tidak datang, walaupun anda mempunyai kitaran haid yang teratur sebelumnya
  • Loya atau muntah semasa haid 

Adakah anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur dan senggugut teruk? Dapatkan Susu Subur Efferty untuk seragamkan kitaran haid anda. Susu Subur Efferty mengandungi inositol, iaitu pengawal kepada segala hormon yang membantu menstabilkan hormon seks. Selain tu, multivitamin di dalam Susu Efferty berkesan membantu menambah darah yang hilang sewaktu menstruasi.  

Dah lebih 2000 wanita berjaya hamil dengan konsisten mengamalkan Susu Subur Efferty. Mana tahu lepas ni giliran anda pula? 

Follow juga media sosial kami untuk dapatkan lebih banyak tips cepat hamil, promosi terhebat dan hadiah menarik dari Efferty untuk pengguna bertuah. 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *