Home Kesuburan dan Ikhtiar Hamil Test OPK: Ujian Fasa Kesuburan Untuk Wanita Nak Cepat Hamil

Test OPK: Ujian Fasa Kesuburan Untuk Wanita Nak Cepat Hamil

Bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil, adalah sangat penting untuk menjalani ujian ovulasi (ovulation test) bagi meningkatkan peluang untuk hamil. 

Kitaran haid bermula pada hari pertama pengeluaran haid anda. Purata kitaran haid wanita normal adalah di antara 28-35 hari. Tempoh ovulasi atau waktu subur biasanya di antara hari ke-14 hingga hari ke-21 dalam kitaran haid.

Pada tempoh ini, hormon yang dikenali sebagai hormon luteinizing (LH) akan melonjak dan memberi signal untuk pengeluaran ovum atau telur matang. Pada masa yang sama, lendir serviks akan menjadi lebih licin untuk membantu sperma berenang menuju ke telur tersebut.

Selain penjangkaan secara manual untuk waktu ovulasi, penggunaan kit ujian ovulasi atau test OPK (ovulation predictor kit) dapat membantu dengan ketepatan yang lebih tinggi. Mari ketahui lebih lanjut mengenai kit ujian ini.

Apakah Itu Ujian Ovulasi  (Ovulation Test)?

Ujian ovulasi merupakan sejenis ujian kesuburan wanita yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau di klinik, bagi mengesan tempoh pengeluaran telur matang. Tujuan ovulation test ini adalah untuk mengetahui waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil

Cara untuk menjalankan ujian kesuburan ini adalah dengan menggunakan kit ujian kesuburan wanita seperti kit OPK (ovulation predictor kit). Kit OPK boleh didapati di klinik atau kaunter farmasi berdekatan anda.

Bagaimanakah Kit Ujian Ovulasi (OPK) Menentukan Tarikh Subur Anda?

Kit ujian ovulasi berfungsi sama seperti ujian kehamilan, iaitu dengan menggunakan air kencing. Strip ujian OPK akan mengesan kehadiran hormon luteinizing (LH) di dalam air kencing. Hormon ini akan melonjak sewaktu ovulasi menandakan pengeluaran telur matang. 

Terdapat dua jenis kit OPK yang selalu digunakan; kit OPK kendiri dan kit OPK di klinik. Kedua-dua jenis kit OPK mengandungi bahan yang sama tetapi berbeza dari segi rupa dan pembungkusan. Kit OPK kendiri lebih mudah dan praktikal digunakan kerana ianya boleh digunakan di mana-mana.  

Kit OPK versi klinik pula datang dalam dua bentuk; kecil dan besar. Perbezaan saiz adalah kerana kit OPK mini hanya perlu bertahan sehingga 7 hari manakala OPK besar bertahan sehingga 10 hari.

Bagaimanakah Cara Penggunaan Kit OPK Selepas Haid Berakhir?

Kit OPK sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu mengumpulkan air kencing di dalam bekas, seterusnya mencelup kit OPK ke dalam air kencing selama beberapa minit sehingga garis penunjuk muncul. Dua garis penunjuk yang muncul pada batang strip menandakan OPK positif, menandakan anda sedang subur. 

Bagi menentukan waktu ovulasi dengan tepat, kit OPK sesuai digunakan seawal 2-3 hari selepas tarikh haid berakhir. Sebagai contoh, jikalau kitaran haid anda berlangsung selama 28 hari dan hari ketujuh haid berakhir, kit OPK boleh mula digunakan pada hari ke 10 dalam kitaran haid anda. 

Bagi kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh menggunakan rekod kitaran haid selama 6 bulan. Gunakan kitaran haid terpendek bagi menentukan waktu subur, yang berkemungkinan berlaku pada pertengahan kitaran haid tersebut. 

Adakah Keputusan OPK Positif Berterusan Merupakan Petanda Hari Subur?

Kit OPK selalunya hadir dengan 5 ke 10 batang strip. Bagi mengesan lonjakan hormon luteinizing (LH), anda perlu melakukan ujian OPK selama beberapa hari. 

Keputusan OPK positif yang dilihat menerusi garis dua pada batang strip merupakan  petanda hormon LH sedang memuncak, dan bermulanya tempoh subur anda.  Dengan maklumat ini, anda boleh merancang untuk melakukan persetubuhan pada hari ovulasi agar potensi hamil anda tinggi. 

Teruskan test OPK berturut-turut sehingga keputusan negatif kerana ovum atau telur dijangka dilepaskan dalam tempoh 12-48 jam selepas keputusan OPK positif yang terakhir.

Bolehkah Anda Membuat Ujian Kehamilan dengan Kit OPK?

Jawapannya tidak. Hal ini kerana kit OPK berfungsi untuk memantau hormon LH dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika ovulasi sedang berlaku. Ianya berbeza dengan ujian kehamilan yang mana kit ujian kehamilan mengesan hormon HCG petanda kehamilan.

Sekiranya anda mempunyai tanda hamil dan inginkan kepastian, dapatkan kit ujian kehamilan di farmasi atau lakukan ujian kehamilan di klinik.

Akhir kata, semoga maklumat kit ujian OPK ini berkesan untuk meningkatkan peluang kehamilan anda. Bagi mengesan waktu ovulasi dengan lebih berkesan, anda disarankan untuk menggunakan kaedah suhu badan basal bersama-sama dengan kit ujian OPK. 

Nak lagi mudah, gunakan Buku Perancang Kehamilan Efferty atau aplikasi pintar di telefon bimbit bagi merekodkan carta kesuburan anda.  Melalui maklumat ini, anda dan pasangan akan lebih mudah merancang waktu bersama agar potensi kehamilan ditingkatkan. 

Ingin dapatkan produk kesuburan terbaik di Malaysia untuk yang sedang ikhtiar hamil?  Kunjungi Efferty Mama untuk dapatkan produk kesuburan terbaik seperti Susu Subur Efferty. Dah lebih 1500 wanita berjaya hamil dengan konsisten mengamalkan Susu Subur Efferty. Follow juga media sosial kami untuk dapatkan lebih banyak tips cepat hamil, promosi terhebat dan hadiah menarik dari Efferty untuk pengguna bertuah. 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *