Isi borang permohonan di laman web dibawah dan membuat bayaran pendaftaran keahlian seumur hidup sebanyak RM20 sahaja.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 24 jam. Ahli yang berjaya akan dihubungi melalui email dan perlu membuat bayaran keahlian dalam masa 48 jam. Jika tiada bayaran diterima dalam masa tersebut keahlian team dropship akan dibatalkan dan akan diberikan kepada yang lebih serius.
Ahli Team dropship dibenarkan menggunakan semua gambar produk dan mana-mana gambar yang terdapat di dalam laman web atau group kami dengan syarat TIDAK melakukan SPAM(iklan yang tidak di undang) dengan gambar-gambar ini. Dan TIDAK DIBENARKAN menggunakan gambar-gambar ini untuk tujuan selain promosikan produk keluaran Efferty.
Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak kami kepada pelanggan anda.
Untuk mengekalkan status Dropshipper anda dikehendaki membeli sekurang-kurangnya 1 kotak susu Efferty untuk setahun.
Sila buat pesanan setelah pembeli membuat pembayaran.
Ahli team bertangungjawab kepada setiap strategi pemasaran yang dilakukan, jika didapati melanggar syarat atau etika pemasaran, pihak Pengurusan Efferty berhak mengambil tindakan dengan memberi amaran terlebih dahulu.
Komisyen ahli team dropship adalah untuk susu kesuburan adalah RM7.00 (kotak), RM15.00 (Jar)manakala susu ibu hamil adalah RM7.00 untuk setiap unit yang dijual.
Ahli team tidak dibenarkan menjual dibawah harga pasaran.
Semua sebut harga tidak termasuk kos penghantaran . Penghantaran akan dilakukan melalui J&T dan Pos laju setiap hari kecuali pada hari jumaat & cuti umum.
Semua urus niaga dalam Ringgit Malaysia (RM).
Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah. Notis akan dikeluarkan oleh pihak syarikat pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan agen dengan budi bicara pihak syarikat.