Nak hamil cepat? Ketahui apakah nutrisi penting untuk nak hamil cepat
Anda dan pasangan dah lama kahwin, tapi payah nak memperoleh zuriat? Perjalan ikhtiar hamil memang menjerihkan….
Ada banyak yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan peluang anda nak hamil cepat, dan pengambilan nutrisi khusus untuk nak hamil cepat adalah tempat yang mudah untuk bermula.
Nutrien khusus untuk nak hamil cepat boleh didapati dari produk-produk kesuburan, produk ikhtiar hamil dan suplemen persediaan kehamilan.
Ketahui lebih lanjut mengenai nutrisi untuk nak hamil cepat dengan membaca blog ini sampai habis.
Kepentingan nutrisi untuk nak hamil cepat
Telah banyak kajian saintifik diterbitkan menjelaskan peranan nutrisi dalam kehamilan dan untuk ikhtiar hamil. Nutrisi khusus seperti multivitamin memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita. Nutrisi untuk ikhtiar hamil penting untuk banyak fungsi, termasuk:
-
Kitaran haid dan ovulasi
-
Fungsi tiroid yang optimum
-
Penghasilan tenaga
-
Fungsi imun
-
Kualiti dan pematangan oosit (sel telur wanita)
Oleh itu pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi sangat penting ketika berusaha mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk kehamilan yang sihat. Beberapa nutrien bahkan dapat mengurangkan gejala masalah kesuburan seperti sindrom ovarium polisistik (PCOS) yang merupakan penyebab umum ketidaksuburan.
5 Nutrisi Terbaik untuk Ikhtiar Hamil
Sebelum anda mencuba atau mengambil produk kesuburan dan suplemen nak hamil cepat dalam pemakanan anda, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, jikalau anda inginkan info tentang nutrisi khusus untuk dibincangkan bersama doktor anda secara spesifik, berikut adalah antara 5 nutrien terbaik untuk ikhtiar hamil.
Nutrien-nutrien ini boleh didapati di dalam pelbagai suplemen kesuburan dan produk nak hamil cepat di pasaran.
Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.
Nutrien ikhtiar hamil 1: Asid Folik (Vitamin B9)
Asid folik adalah sejenis sintetik folat. Asid folik juga adalah salah satu kumpulan vitamin B yang dikenali sebagai vitamin B9.
Asid folik adalah vitamin penting bagi wanita yang ikhtiar hamil kerana asid folik membantu proses pembentukan tiub saraf bayi dengan sempurna. Proses ini berlaku seawal dua atau tiga minggu setelah telur disenyawakan atau konsepsi, iaitu waktu wanita tidak tahu yang mereka sudah mengandung.
Mengambil suplemen atau produk ikhtiar hamil yang mengandungi asid folik juga menyokong masalah kesuburan yang berkaitan dengan ovulasi. Asid folik di dalam produk ikhtiar hamil berperanan menghasilkan sel telur yang sihat dan bebas kecacatan kromosom, dengan cara menyokong proses pembahagian DNA sel yang sihat.
Asid folik juga bagus untuk pasangan anda kerana dapat membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan bebas kecacatan kromosom DNA.
Nutrien ikhtiar hamil 2: Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan penting dalam fungsi organ peranakan wanita dan lelaki. Vitamin D dapat meningkatkan rangsangan ovari untuk berovulasi dan tingkatkan kualiti air mani.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D mungkin berkaitan dengan ketidaksuburan pada lelaki dan wanita, jadi ia adalah penting untuk cukupkan pengambilan vitamin D harian jikalau anda sedang berikhtiar hamil.
Dapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai dos yang sesuai bergantung pada masalah kesuburan anda.
Nutrien ikhtiar hamil 3: Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk pembentukan sperma lelaki. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kekurangan zat besi akan menyebabkan kualiti sperma merosot. Kekurangan zat besi penyumbang ketidaksuburan dalam kalangan lelaki kerana zat besi sangat penting untuk penghasilan hormon testosteron yang sihat.
Untuk wanita, zat besi bagus untuk membantu proses persenyawaan dan perkembangan sel telur ovum. Kekurangan zat besi turut menyumbang kepada ketidaksuburan wanita. Ini memandangkan kekurangan zat besi mengurangkan aliran darah beroksigen ke ovari, lalu menjejaskan proses tumbesaran sel telur wanita di dalam ovari.
Selain itu, jika anda mempunyai pengambilan zat besi yang cukup ketika ikhtiar hamil, anda berupaya untuk mencegah masalah ovulasi sewaktu nak mengandung dan anemia setelah anda hamil. Jadi, anda digalakkan ambil zat besi mencukupi dalam pemakanan ketika hamil.
Nutrisi ikhtiar hamil 4: Omega-3 DHA & EPA
Nutrien omega 3, terutamanya omega 3 DHA merupakan nutrien penting untuk nak hamil cepat.
Untuk lelaki, nutrisi omega-3 dapat meningkatkan motiliti dan ketangkasan pergerakan sperma. Nutrisi ini sangat kritikal untuk anda yang berusia 35 tahun ke atas.
Kandungan omega-3 dalam minyak ikan, suplemen atau produk kesuburan boleh mengurangkan risiko keguguran dan menggalak proses tumbesaran janin yang sihat di awal kehamilan. Gabungan omega-3 DHA bersama asid folik dapat menggalak proses tumbesaran organ-organ janin yang pesat di awal kehamilan.
Untuk kaum wanita yang sedang ikhtiar hamil, pengambilan vitamin omega-3 dalam diet pemakanan anda juga dapat meningkatkan kualiti sel telur, penghasilan lendir serviks, menyokong kesihatan hormon kesuburan dan mengalakkan kitaran ovulasi sihat.
Nutrisi ikhtiar hamil 5: Kalsium
Mineral kalsium bukan untuk tulang sahaja.
Kalsium rupanya turut berperanan dalam memastikan sistem reproduksi berfungsi dengan baik. Wanita yang ikhtiar hamil disarankan untuk memenuhi keperluan kalsium yang mencukupi iaitu sekitar 1,000 mg sehari ataupun lebih.
Untuk lelaki, kalsium berperanan dalam membantu penghasilan sperma sihat.
Untuk wanita ikhtiar hamil, pengambilan kalsium mencukupi dapat membina simpanan kalsium mencukupi untuk persediaan kehamilan sihat. Ini supaya badan anda dapat menyokong tumbesaran tulang janin di dalam kandungan.
Efferty ada solusi untuk anda yang nak hamil cepat
Bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil di luar sana, usah bimbang dan gusar.
Kesimpulannya, diet yang seimbang sangat penting jika anda ingin hamil. Gizi keperluan untuk ikhtiar hamil berbeza berbanding sebelum kahwin kerana terdapat nutrien tertentu diperlukan untuk kejayaan kehamilan.
Oleh itu, dapatkan konsultasi dengan doktor anda untuk memilih keseimbangan nutrisi yang tepat untuk meningkatkan peluang kehamilan yang sihat.

Bagi memudahkan perjalanan ikhtiar hamil, anda boleh mencuba Susu Efferty & EvaQ10, produk sokongan persediaan kehamilan yang diformulasikan oleh Dr Raihana Ismail.
Kombo susu sokongan ikhtiar hamil Susu Efferty & EvaQ10 merupakan gabungan terbaik untuk nak hamil cepat, dengan memberi sokongan nutrisi sihat untuk nak hamil. Jadi jikalau anda mahu hamil cepat, dapatkan kombo Susu Efferty & EvaQ10 di laman web kami.
Susu Efferty & EvaQ10 telah membantu ramai pasangan yang ikhtiar hamil untuk menimang cahaya mata, tak kira apa masalah kesuburan anda. Cepat dapatkan di sini! Stok laju habis, jadi checkout segera.
Follow juga Thread Dr. Raihana Ismail supaya anda tak miss tips ikhtiar hamil & tingkatkan kesuburan
Ikuti konten-konten dan post terkini Thread Dr. Raihana Ismail (@drraihanaismail) di sini. Di Thread, anda boleh berinteraksi secara langsung untuk nak tanya segala persoalan ikhtiar hamil anda.
Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

