Skip to content
Sign In
Bagaimana nak hamil anak kembar? Ikuti 5 tips nak hamil anak kembar ini
29 Oct 2026

Bagaimana nak hamil anak kembar? Ikuti 5 tips nak hamil anak kembar ini

Mahu hamil anak kembar? Ikuti 5 tips nak hamil anak kembar ini. Semoga ada rezeki nak hamil anak kembar buat anda.

 

Di dalam artikel ini, kami kongsikan tips cepat mengandung dan cara-cara nak hamil anak kembar semula jadi, walaupun anda tak ada genetik kembar. 

Idea untuk nak hamil anak kembar mungkin tidak terlalu mustahil. Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh si ibu. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang mahu hamil anak kembar.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan kehamilan kembar? Fahami dulu sebelum nak hamil anak kembar

Kehamilan kembar merupakan kehamilan yang melebihi satu anak. Kehamilan kembar menghasilkan kelahiran dua anak daripada kandungan yang sama. Biasanya pasangan kembar ini boleh jadi mempunyai jantina yang sama atau berlainan jantina.

Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat, kembar lima dan seterusnya. 

Kehamilan kembar melibatkan sepasang janin berkongsi uri dan membesar dalam tempoh kehamilan yang sama.  Kehamilan kembar selalunya lahir dalam jangka masa yang dekat ataupun lambat sedikit. Disebabkan saiz rahim ibu yang terhad, jarang ibu-ibu yang hamil kembar ini mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu.

Purata kehamilan kembar dua cuma 37 minggu, iaitu sejenis kelahiran pra-matang.  Disebabkan kelahiran pra-matang boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi dengan penjagaan yang rapi oleh doktor dan bidan.

 

5 tips nak hamil anak kembar

Buat pasangan yang teringin nak hamil  anak kembar, majoriti pasangan suami isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang untuk nak hamil anak kembar.  

Jadi, jika anda mengimpikan anak kembar dan ingin tahu bagaimana, berikut merupakan tips nak hamil anak kembar mudah. Teruskan membaca.

Tips nak hamil anak kembar 1: Banyakkan memakan makanan ubi-ubian

Wanita yang tinggi peluang mengandung anak kembar secara semula jadi cenderung tinggal di kawasan di mana makanan berubi sebahagian diet utama. 

Makanan berubi seperti ubi  keladi dan ubi keledek dapat meningkatkan kesuburan wanita dan menggalakkan proses ovulasi, lalu meningkatkan peluang nak hamil anak kembar.

Ini kerana makanan berubi kaya dengan nutrien fitoestrogen, iaitu nutrien yang hampir mirip dengan hormon estrogen. Mengambil makanan tinggi dengan fitoestrogen dapat menggalak ovari menghasilkan sel telur matang. 

Antara manfaat lain memakan makanan berubi ialah boleh membantu dengan penurunan berat badan. Ubi-ubian seperti ubi kayu juga boleh berfungsi sebagai makanan ringan semasa kehamilan anda dan mampu melegakan beberapa gejala kehamilan yang sangat tidak selesa, seperti sembelit di waktu hamil.

Tips nak hamil anak kembar 2: Mula ambil suplemen produk kesuburan wanita mengandungi asid folik

Ramai wanita hamil mengambil produk kesuburan wanita mengandungi asid folik sebagai suplemen untuk membantu meningkatkan kesuburan. Asid folik bukan sahaja untuk rambut, kuku dan kulit anda, tetapi ia juga akan membantu mencegah kecacatan tiub saraf tunjang janin di awal trimester kehamilan. 

Pakar perubatan mengesyorkan agar mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik setiap hari jikalau anda sedang ikhtiar hamil. Pengambilan asid folik lebih dari 400 mikrogram sehari  mampu menggalakkan ovari anda menghasilkan lebih dari satu telur matang dalam setiap kitaran haid. 

Terdapat kajian di Sweden membuktikan ibu-ibu yang mengambil lebih dari 400 mikrogram asid folik sebelum hamil berpeluang tinggi hamil anak kembar.

Cadangan umum bagi wanita yang ingin hamil dengan anak kembar adalah dengan mengambil lebih banyak asid folik sebulan sebelum mengandung.

Pengambilan asid folik yang mencukupi boleh dilakukan dengan mendapatkan produk ikhtiar hamil dan suplemen untuk ibu mengandung yang tinggi kandungan asid folik.

Sesudah anda berjaya hamil kembar, pengambilan asid folik yang tinggi harus berterusan supaya kedua janin mendapat nutrien yang mencukupi untuk membesar sihat.

 

Tips nak hamil anak kembar 3: Amalkan pemakanan yang sihat

Amalan pemakanan yang sihat kaya dengan nutrisi khusus untuk kesuburan wanita mampu meningkatkan lagi peluang untuk anda hamil anak kembar. 

Antara nutrien khusus untuk kesuburan wanita adalah seperti asid folik, omega 3 DHA, kalsium, vitamin C, vitamin E, zat besi dan coenzyme Q10.

Gizi pemakanan wanita ikhtiar hamil berbeza dengan pemakanan sebelum hamil. 

Pasangan yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat perlukan nutrisi tertentu untuk  meningkatkan kesuburan. Secara umumnya, makanan dan minuman untuk ikhtiar hamil haruslah:

  • Padat dengan nutrisi kesuburan seperti asid folik, asid lemak omega 3, coenzyme Q10, multivitamin, multimineral, serat kompleks, protein sihat, lemak sihat, prebiotik dan probiotik.

  • Kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, daging tanpa lemak dan suplemen yang sihat.

  • Bebas bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan dan makanan terproses.

  • Bebas lemak tepu dan minyak terhidrogenasi yang boleh menyumbat salur darah.

  • Kurang gula, monosodium glutamate (MSG) dan garam.

  • Makanan segar dan bebas toksin.

  • Sumber makanan yang diternak secara alami seperti ayam bebas suntikan hormon penggemuk, haiwan ternakan diternak di kawasan dengan udara bebas pencemaran dan tiram diternak di kawasan perairan bebas pencemaran industri.

  • Bebas racun serangga dan racun rumpai.

  • Tidak memakan ikan yang ditangkap di laut dalam seperti ikan tuna besar dan ikan aya sirip kuning untuk mengelak pendedahan pada toksin merkuri.

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan fitoestrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar dengan manggalakkan ovari menghasilkan lebih dari satu sel telur matang.

 Untuk nak hamil anak kembar secara semula jadi, bukan si isteri sahaja perlu jaga pemakanan. Si suami juga harus menjaga pemakanan sihat iaitu dengan memakan makanan yang tinggi zink, seperti tiram, sayur-sayuran berdaun hijau, biji-bijian, dan roti.

Makanan yang tinggi dengan zink akan membantu menyokong penghasilan sel sperma sihat. Lebih banyak sel sperma sihat dihasilkan, lagi tinggi peluang sel sperma untuk mensenyawakan lebih dari satu sel telur wanita. 

Tips nak hamil anak kembar 4: Menjalani rawatan IVF untuk nak hamil anak kembar

Membuat rawatan IVF mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia akan menjadi pertaruhan terbaik jika anda benar-benar ingin mengandung anak kembar dengan kadar kejayaan lebih tinggi. Rawatan IVF juga merupakan salah satu tips nak mengandung anak kembar. 

Rawatan IVF mempunyai 22% peluang menghasilkan kehamilan kembar dua dan kembar tiga. Rawatan IVF juga memberikan peluang 20 kali lagi tinggi untuk nak hamil anak kembar berbanding hamil anak kembar kaedah semulajadi.  Kadar kejayaan kehamilan kembar tinggi  menerusi rawatan IVF ini dipengaruhi oleh proses pemindahan beberapa embrio ke dalam rahim ibu, berbanding proses persenyawaan rawak oleh beberapa sel telur menerusi kehamilan kembar semula jadi.

 

Tips nak hamil anak kembar 5: Banyakkan meminum susu segar

Terdapat penyelidikan yang mengatakan bahawa produk tenusu mempunyai hormon pertumbuhan (growth hormone). Hormon pertumbuhan di dalam produk tenusu dapat membantu anda untuk mendapatkan bayi kembar kerana ia dapat membuatkan ovari menghasilkan lebih dari satu telur matang. 

Tambahan pula, tidak ada salahnya meminum segelas susu setiap hari. Pengambilan produk tenusu setiap hari akan membantu meningkatkan pengambilan kalsium, potasium, vitamin D dan protein, yang mana semua unsur yang diperlukan oleh wanita semasa kehamilan mereka.

 

Panduan & produk ikhtiar hamil Efferty: Rahsia Susu Effertwin Taro & EvaQ10 untuk nak hamil anak kembar

Impian untuk mahu hamil dan menimang cahaya mata kembar adalah satu anugerah terindah buat pasangan suami isteri. Bagi yang sedang mencari cara nak mengandung dengan lebih yakin, persediaan fizikal dan dalaman yang rapi adalah kunci utama. Di sinilah pemilihan produk ikhtiar hamil yang tepat memainkan peranan besar untuk membantu menyokong kesuburan secara selamat.

Jika anda sedang mencari tips nak hamil atau berazam nak mengandung, berikut adalah dua produk sokongan kesuburan wanita terbaik daripada Efferty yang dirumus khusus untuk membantu anda dan pasangan:

1. Susu Effertwin Taro

Susu Effertwin Taro diformulasi khusus sebagai minuman persediaan kehamilan. Setiap sacet padat dengan 29 nutrisi untuk persediaan kehamilan kembar, seperti 2000 microgram asid folik, 13 jenis vitamin, 11 jenis mineral dan L-carnitin.

Kandungan asid folik yang tinggi, gandaan multinutrien dan minuman berasaskan susu kambing di dalam Susu Effertwin Taro berperanan untuk nak sokong peluang anda hamil anak kembar. 

Jikalau anda sedang mencari suplemen untuk mengandung yang turut menyokong kesihatan dalaman, amalkan susu berperisa taro yang lazat ini.

Jikalau anda mempunyai PCOS, Susu Effertwin DCI Taro sesuai dijadikan produk suplemen untuk sokongan PCOS dan membekalkan nutrisi khusus untuk sokongan kesuburan anda.

2. EvaQ10 Efferty

Sebagai pelengkap kepada rutin harian anda, EvaQ10 Efferty merupakan tablet kunyah yang membekalkan nutrisi untuk ikhtiar hamil, seperti coenzyme Q10, asid folik & 12 jenis antioksidan.

Ianya amat berkesan untuk menyokong kesihatan ovari dan kualiti sel telur. Jikalau anda mempunyai PCOS, EvaQ10 turut membekalkan nutrisi khusus untuk sokongan kesuburan anda.

Mulakan Langkah Anda Hari Ini

Mengamalkan pemakanan yang betul adalah sebahagian daripada tips cepat mengandung yang sering dikongsikan oleh pakar. Gabungan nutrisi lengkap daripada Susu Effertwin Taro dan EvaQ10 bukan sahaja membantu proses cara mengandung dengan cepat, malah menjadi ikhtiar terbaik untuk anda yang ingin nak hamil anak kembar dengan selamat dan sihat.

Dapatkan produk untuk hamil ini sekarang dengan melawati laman web rasmi kami di sini dan mulakan perjalanan tips mengandung anda hari ini demi membina keluarga bahagia yang diimpikan! 

Ramai wanita yang berjaya hamil dengan anak kembar dengan formula hamil berkesan oleh Dr.Raihana Ismail. Sekiranya berminat, jom dapatkan di sini!

Selamat mencuba.

 

Follow juga Thread Dr. Raihana Ismail supaya anda tak miss tips ikhtiar hamil & tingkatkan kesuburan

Ikuti konten-konten dan post terkini Thread Dr. Raihana Ismail (@drraihanaismail) di sini.  Di Thread, anda boleh berinteraksi secara langsung untuk nak tanya segala persoalan ikhtiar hamil anda. 



Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

 

Leave a reply

Nunc vehicula quam semper odio varius tincidunt. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posue.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×