Skip to content
Sign In
04 Apr 2025

Cara Cepat Hamil: 7 Tips Ikhtiar Mengandung Dari Dr. Raihana

Adakah anda nak cepat hamil setelah bertahun-tahun berkahwin?

Memiliki zuriat tersendiri merupakan impian bagi kebanyakan pasangan yang telah berumah tangga. Yang membezakan adalah rezeki anak datang cepat atau lambat, serta bilangan anak yang diingini. Meskipun begitu, tidak semua pasangan dikurniakan zuriat secara cepat setelah mendirikan rumah tangga. Ramai pasangan di Malaysia telah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan anak namun ikhtiar hamil mereka masih belum membuahkan hasil.

Namun, jangan bersedih! Jikalau sudah tertulis rezeki untuk anda menimang cahaya mata, ianya pasti akan tiba. Bagi pasangan yang sedang ikhtiar nak hamil cepat, terdapat beberapa tips dari Dr. Raihana Ismail, pengasas Efferty International yang boleh anda cuba sebagai ikhtiar kehamilan. Teruskan membaca untuk lebih tips nak hamil cepat. 

Pasangan suami isteri gembira melihat alat ujian kehamilan positif

1. Fahami Punca Masalah Kesuburan

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut mengenai cara cepat hamil, mari kita fahami dahulu mengenai ketidaksuburan. Ketidaksuburan merupakan situasi di mana pasangan yang mencuba untuk hamil lebih dari dua tahun tetapi tidak berjaya.

Terdapat banyak faktor penyumbang ketidaksuburan. Dari sisi wanita, punca ketidaksuburan adalah seperti gangguan ovulasi, jangkitan di salur peranakan, tiub Fallopian tersumbat, sindrom Ovari Polisistik (PCOS), masalah dinding rahim dan endometriosis. Dari sisi lelaki pula, punca ketidaksuburan adalah seperti azoospermia (tiada sel sperma dihasilkan), oligospermia (sedikit sel sperma dihasilkan), sperma cacat, sperma mati sebelum sampai ke ovum (telur wanita) dan penyakit genetik seperti cystic fibrosis dan kelainan kromosom.

Oleh itu, adalah penting bagi pasangan yang sedang berikhtiar hamil untuk mendapatkan konsultasi pakar bagi mengetahui punca sebenar kesukaran hamil. Setelah punca didiagnosis, ianya akan menjadi lebih mudah untuk pasangan menjalani rawatan yang bersesuaian untuk ikhtiar  hamil.

Selain itu, membaca buku dan blog kehamilan juga dapat membantu anda menambah pengetahuan mengenai ikhtiar kehamilan, penjagaan diri dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Anda juga disarankan untuk menyertai Group Telegram Komuniti Efferty untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan tips kehamilan bersama wanita-wanita yang sedang ikhtiar hamil.

2. Jalani Pemeriksaan Kesuburan Pakar

Antara langkah awal yang perlu diambil kalau anda nak cepat mengandung adalah dengan menjalani pemeriksaan kesuburan lelaki dan wanita. Ini adalah penting bagi mengetahui sekiranya  terdapat sebarang masalah kesuburan penghalang ikhtiar mendapatkan zuriat.

Wanita sering kali dipersalahkan bila lewat hamil. Selari dengan perkembangan teknologi perubatan, masyarakat lebih cakna bahawa masalah kesuburan juga boleh melibatkan kedua-dua pihak, samada wanita mahupun lelaki. 

Sekitar 30% masalah kesuburan dalam pasangan berpunca daripada wanita. 30% masalah kesuburan ditemui pada lelaki dan lebihan 30% ditemui pada kedua-dua pasangan. Bagi pasangan yang tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan dan masih tidak berjaya hamil, kondisi ini dipanggil ketidaksuburan tidak dapat dijelaskan atau ‘idiopatik’.

Adalah penting juga untuk kedua-dua pasangan mendapatkan pemeriksaan awal bagi mengenalpasti tahap kesuburan. Dengan pemeriksaan kesuburan, segala masalah kesuburan yang dikenalpasti boleh diatasi dengan rawatan tepat. 

3. Cara Kira Waktu Subur Selepas Haid

Mengetahui kitaran haid wanita adalah penting untuk mengetahui waktu subur wanita. Tempoh kesuburan merupakan keadaan di mana ovari wanita membebaskan ovum (telur wanita) untuk disenyawakan. Proses ini dinamakan ovulasi.  Waktu subur merupakan waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bagi mendapatkan peluang kehamilan yang tinggi. 

Mengetahui kitaran haid anda merupakan tips penting untuk cepat hamil. Kitaran haid wanita normal adalah dalam lingkungan 28-32 hari. Hari pertama kitaran haid merupakan hari di mana haid anda bermula dan proses ovulasi dijangkakan berlaku sekitar hari ke-14 dalam kitaran haid. Oleh itu, pentingnya untuk anda memantau bilakah hari haid anda bermula agar anda dapat mengesan masalah kesuburan seperti masalah hormon tidak seimbang.

Bagi wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak seragam, agak sukar untuk merancang waktu subur. Oleh itu, anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi pakar kesuburan untuk rawatan bersesuaian. 

Buku Perancang Mahu Hamil Efferty - Penjejak kesuburan dan tips cara cepat hamil

4. Amalkan Gaya Hidup Sihat & Pantang Larang

Menjalani gaya hidup sihat merupakan tips penting kalau nak mengandung cepat. Amalan tidak sihat seperti merokok semasa hamil diketahui mengundang masalah kesuburan seperti meningkatnya risiko keguguran, tidak berovulasi dan kelahiran pramatang. Wanita yang nak mengandung cepat harus berhenti merokok sekurang-kurangnya enam minggu sebelum memulakan ikhtiar kehamilan dan mengelakkan pengambilan alkohol. 

Selain wanita, pasangan lelaki juga perlu menghentikan tabiat merokok kerana amalan merokok merencatkan penghasilan sperma berkualiti.  Antara  gaya hidup sihat semasa percubaan hamil yang perlu dipraktis adalah seperti berikut:

  • Menjaga pemakanan 

  • Tidak merokok dan perokok ketiga

  • Tidak meminum alkohol

  • Mengawal berat badan agar tidak obes atau berat badan terlalu rendah 

  • Elakkan Pengambilan kafein berlebihan

  • Mengamalkan diet seimbang agar keperluan asid folik, vitamin-vitamin, protein dan nutrisi lain dilengkapkan

  • Elakkan makanan dan minuman bergula tinggi secara berlebihan

  • Menjaga kesihatan gigi dan gusi

  • Mengambil ubat-ubatan tertentu mengikut preskripsi doktor

  • Menjauhi dadah rekreasi seperti pil syabu, ecstacy dan sebagainya.

5. Kepentingan Nutrisi & Susu Subur

Menjaga kualiti pemakanan dan diet yang seimbang adalah penting untuk kesuburan. Pengambilan diet yang seimbang membolehkan anda mendapat nutrisi lengkap seharian  agar tahap kesuburan berada di tahap optimum.

Kekurangan nutrien tertentu, seperti vitamin D dalam diet penyebab masalah kesuburan. Begitu juga apabila anda mengambil terlalu banyak makanan bergula, produk tenusu dan berpengawet, ianya memburukkan kondisi wanita yang menghidapi PCOS. Diet yang tinggi kolesterol seperti makanan bergoreng pula berpotensi menurunkan kualiti sperma lelaki. 

Diet yang seimbang juga dapat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko diabetes semasa hamil. Sekiranya anda memang merupakan seorang pesakit diabetes, anda perlu mendapatkan konsultansi dan pengawasan doktor sebelum, semasa dan selepas hamil. 

Bagi wanita yang ingin hamil cepat, anda disarankan mengambil nutrisi meningkat kesuburan seperti asid folik, inositol, prebiotik, asid lemak perlu (essential fatty acids), zat besi, pelbagai vitamin seperti vitamin C dan D untuk tingkatkan kesuburan dan ovulasi sihat. 

Bagi  bakal bapa pula, nutrisi yang lengkap adalah penting untuk kesuburan kerana ia mempengaruhi libido seks, kadar hormon testosteron, kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan. Oleh itu, bakal bapa disarankan mengambil diet yang kaya dengan omega-3, vitamin C, vitamin D, selenium dan zat besi. 

Untuk memudahkan pasangan yang nak cepat hamil menerima nutrisi lengkap untuk tingkatkan kesuburan, Efferty menawarkan produk-produk tingkatkan kesuburan seperti Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C. Dah banyak testimoni pelanggan kami semakin subur lepas amalkan Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C. 

6. Urus Stress Untuk Stabilkan Hormon

Antara tips nak hamil cepat adalah dengan mengawal  stress sebaiknya. Stress yang berlebihan pula boleh memporak-porandakan keseimbangan hormon seks di dalam badan. Tekanan dan stress pada wanita boleh menggugat ovulasi. Bagi lelaki, ianya menjejaskan libido, kadar hormon testosteron, kualiti dan kuantiti sperma. 

Oleh itu, adalah sangat penting bagi pasangan nak cepat dapat anak bijak mengatasi stress dalam kehidupan seharian. Hindari manusia toksik dan bijak mengatasi tekanan keluarga dan masyarakat untuk cepat hamil adalah penting demi kesihatan mental anda. 

Sekali-sekala, cubalah pergi berbulan madu agar ikhtiar kehamilan anda berjaya. Mungkin dengan rehat yang cukup dan persekitaran jauh dari tekanan membolehkan anda cepat hamil. 

7. Teknik & Masa Terbaik Bersama Pasangan

Ramai yang beranggapan apabila suami isteri bersama, si isteri akan terus hamil bila-bila masa setelah mengadakan hubungan intim. Tapi realitinya peluang kehamilan untuk setiap wanita adalah berbeza. Ada yang terus melekat setelah sekali bersama. Ada yang perlu berikhtiar bertahun-tahun untuk mendapatkan anak pertama. 

Perkara utama yang anda perlu tahu untuk nak cepat hamil ialah bilakah waktu subur anda. Anda juga perlu ketahui tanda-tanda yang anda sedang berovulasi. 

Untuk mengetahui tanda-tanda ovulasi adalah dengan melihat pada perubahan pada lendir serviks anda. Lendir serviks sewaktu subur kelihatan seperti putih telur. Selain itu, suhu badan meningkat sebanyak 0.6 darjah Celsius berbanding suhu badan normal. 

Untuk mudahkan cara, anda boleh dapatkan Buku Perancang Kehamilan Efferty atau aplikasi pintar di telefon bimbit bagi merekodkan carta kesuburan anda. Ataupun anda boleh menggunakan kit ramalan ovulasi yang boleh didapati di farmasi dan klinik untuk membantu anda meramal waktu terbaik bersama pasangan. 

Makanan untuk cepat hamil termasuk susu, kekacang dan sayur hijau kaya asid folik

Tips Ikhtiar Mengandung untuk Dapatkan Anak

Akhir sekali, tidak salah bagi semua pasangan untuk mencuba pelbagai tips dan petua untuk mendapatkan anak, selagi ianya tidak memudaratkan kesihatan serta bertentangan dengan pegangan agama masing-masing. Terdapat banyak petua tradisional dan moden yang boleh diamalkan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu proses ikhtiar kehamilan. 

Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda  mendapatkan pandangan doktor pakar agar ikhtiar kehamilan anda di suai padan mengikut masalah kesuburan anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Kenapa Produk-Produk Efferty Jadi Pilihan Persediaan Kehamilan?

Ingin dapatkan produk persediaan kehamilan terbaik di Malaysia untuk yang sedang ikhtiar hamil? Kunjungi Efferty Mama untuk mendapatkan Susu Efferty. Diformulasikan oleh Dr. Raihana Ismail, pengasas jenama Efferty, Susu Efferty dirumus khas untuk menyokong perjalanan kesuburan wanita. Setiap sacet mengandungi Asid Folik, Multivitamin,L-arginine, dan Prebiotik, yang membantu menyokong kesuburan dan menyokong kehamilan yang sihat.

Lebih daripada 6000 wanita telah berjaya hamil dengan konsisten mengamalkan Susu Efferty. Dengan pengambilan Susu Efferty secara konsisten, anda memberikan tubuh sokongan nutrisi terbaik untuk persediaan kehamilan. Pastikan anda melengkapkan perjalanan ikhtiar hamil anda dengan produk berkualiti ini.

Jangan lupa untuk mengikuti media sosial kami bagi mendapatkan lebih banyak tips cepat hamil, promosi hebat, dan hadiah menarik dari Efferty untuk pengguna bertuah.

 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Cara Cepat Hamil

  • Apa cara paling cepat hamil selepas haid?


    Cara paling cepat adalah dengan mengenalpasti waktu subur (ovulasi) anda, yang biasanya berlaku pada hari ke-14 kitaran haid (bagi kitaran 28 hari). Bersama pasangan 2-3 hari sebelum ovulasi meningkatkan peluang persenyawaan. Dr. Raihana juga menyarankan pengambilan suplemen kesuburan seperti asid folik dan inositol seawal mungkin untuk mematangkan telur dengan lebih baik.

  • Bagaimana Susu Efferty membantu wanita untuk ikhtiar hamil?


    Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dengan nutrisi penting seperti Asid Folik, Multivitamin, dan Prebiotik. Ia membantu menyokong kesihatan hormon, bekalkan nutrisi untuk mematangkan telur (ovum), dan menyediakan rahim yang kuat untuk janin membesar, sekaligus meningkatkan peluang kejayaan bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil.

  • Bolehkah saya mengandung dalam masa 2 minggu?


    Secara teknikal, "2 minggu" merujuk kepada tempoh menunggu (Two Week Wait) dari waktu ovulasi hingga ke tarikh jangkaan haid. Untuk berjaya, anda mesti melakukan hubungan intim tepat pada tingkap kesuburan (fertile window). Jika persenyawaan berlaku, tanda-tanda awal kehamilan boleh dikesan seawal 2 minggu selepas ovulasi tersebut.

  • Apakah makanan yang perlu dielakkan ketika ikhtiar hamil?


    Untuk wanita yang ingin cepat hamil perlu mengelakkan:

    • Gula berlebihan: Boleh mengganggu kecekapan hormon insulin bekerja dan jejaskan kualiti telur (PCOS).
    • Kafein tinggi: Hadkan kopi/teh kerana ia boleh mengecutkan salur darah rahim.
    • Makanan diproses & Segera: Mengandungi pengawet yang tidak bagus untuk kesuburan.
    • Alkohol & Rokok: Wajib dihentikan serta-merta oleh suami dan isteri.
  • Adakah stress punca utama lambat dapat anak?


    Ya, stress yang tinggi merembeskan hormon kortisol yang boleh mengganggu keseimbangan hormon reproduksi, menyebabkan kitaran haid tidak teratur atau kegagalan ovulasi. Menguruskan stress adalah salah satu tips utama dalam ikhtiar hamil, disamping sokongan nutrisi yang baik seperti yang terdapat dalam Susu Efferty.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×