Home Blog Masalah Kesuburan: Bagaimana Ianya Boleh Jadi Punca Susah Hamil?

Masalah Kesuburan: Bagaimana Ianya Boleh Jadi Punca Susah Hamil?

Dalam masyarakat kini, jika pasangan suami isteri masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata, si isteri sering dipersalahkan atas sebab tak subur. Masalah kesuburan sering kali dianggap sebagai masalah ‘orang perempuan’.

Sangatlah penting untuk kita tidak mudah membuat kesimpulan, terutama sekali berkenaan masalah kesuburan. Ini kerana ketidaksuburan dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan kedua-dua pasangan, dan bukan hanya wanita sahaja yang bertanggungjawab.

Perbezaan Masalah Kesuburan Wanita dan Lelaki

Buat wanita, gangguan hormon seperti Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), masalah kalenjar tiroid, menorrhagia (masalah haid berat) dan amenorrhea (masalah ketiadaan haid) kebiasaannya diakibatkan ketidakseimbangan hormon dan mengganggu ovulasi. Selain itu, masalah struktur reproduktif seperti endometriosis, cyst ovari, tiub Fallopian tersumbat dan fibroid juga boleh menjejaskan kemampuan wanita untuk hamil. Kualiti telur yang merosot juga punca wanita di Malaysia payah nak hamil.

Buat lelaki pula, masalah kesuburan sering dikaitkan dengan kualiti sperma. Kiraan sperma yang rendah, pergerakan sperma yang lemah (asthenozoospermia), dan bentuk sperma yang abnormal (teratozoospermia) boleh mengurangkan peluang kehamilan. Masalah hormon testosteron yang rendah boleh jadi punca si suami gagal menghamilkan si isteri. Ini adalah kerana hormon testosteron dikaitkan dengan penghasilan jumlah sperma yang optimum dan berkualiti.

Masalah fungsi ereksi, ejakulasi pramatang, serta kehadiran sel darah merah atau bilangan sel darah putih di dalam air lelaki juga boleh menjadi punca ketidaksuburan dalam kalangan kaum lelaki.

Cara Mengatasi Masalah Kesuburan Bagi Lelaki dan Wanita

Untuk mencegah masalah kesuburan, mengekalkan gaya hidup yang sihat adalah kunci utama. Ini termasuk mengamalkan senaman yang konsisten, dan pengambilan makanan yang seimbang. Berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan dadah juga penting kerana kedua-dua faktor ini boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan.

Selain itu, perbincangan dengan pakar perubatan mungkin diperlukan untuk mereka yang mengambil ubatan tertentu, bagi memastikan tiada kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesuburan. Misalnya sekiranya anda pernah mengambil ubat-ubatan yang mengandungi steroid, preskripsi ubat perlu ditukar sekiranya anda dan pasangan sedang giat berikhtiar hamil.

Diagnosis dan rawatan daripada doktor juga penting untuk anda dan pasangan mengatasi masalah kesuburan. Ini adalah untuk memastikan masalah kesuburan dapat dirawat sebelum menjadi kronik. Jadi, jikalau anda dan pasangan sudahpun berikhtiar hamil lebih dari 1 tahun, segeralah berjumpa dengan pakar kesuburan untuk kenal pasti punca anda sukar hamil.

Bagi wanita, memantau waktu subur adalah salah satu cara untuk meningkatkan peluang kehamilan. Sebaiknya anda memantau kitaran haid dan bila hari subur muncul sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum bertemu dengan doktor. Di samping itu, pengambilan nutrisi yang seimbang dan suplemen penggalak kesuburan seperti asid folik, zat besi, asid lemak omega 3 dan vitamin C boleh membantu meningkatkan kesuburan.

Kenalpasti Tanda Ketidaksuburan dan Nutrien yang Membantu Masalah Ini

Bagi membantu mengatasi masalah kesuburan, penting untuk mengenali tanda-tanda ketidaksuburan yang mungkin dialami oleh anda dan pasangan. Biasanya, wanita yang menghadapi masalah kesuburan sering mengalami kitaran haid tidak teratur, ketiadaan haid dan mungkin mengalami sakit ketika haid atau senggugut yang teruk.

Begitu juga dengan masalah hormon. Sekiranya anda ada masalah berat badan berlebihan, berisiko terkena masalah diabetes, mudah sejuk, selalu letih dan mengalami jerawat teruk, segeralah melakukan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca masalah hormon.

Bagi lelaki, tanda-tanda ketidaksuburan mungkin termasuk kesulitan mempertahankan ereksi semasa hubungan intim, kesukaran untuk memancutkan air mani atau mengalami bengkak atau sakit pada bahagian testis. Apabila melakukan pemeriksaan sampel air mani, didapati bahawa jumlah kiraan sperma adalah terlalu rendah, banyak sperma tak aktif dan cacat.

Mengambil suplemen yang sesuai, seperti vitamin C untuk meningkatkan sistem imun, asid folik untuk meningkatkan kualiti telur wanita, dan multivitamin untuk memastikan pengambilan mineral penting untuk kesihatan reproduktif, boleh membantu memperbaiki kesuburan.

Jika anda sedang mencari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah kesuburan, Susu Efferty adalah pilihan yang baik. Susu Efferty diformulasi khas oleh Dr. Raihana Ismail untuk menyokong kesuburan. Disebabkan testimoni kukuh, maka tidak hairan sudah 6000 wanita berjaya hamil walaupun mengalami pelbagai masalah kesuburan.

Amalkan Langkah-Langkah yang Betul untuk Merawat Masalah Ketidaksuburan Anda!

Usaha untuk merawat masalah kesuburan bukanlah suatu usaha yang pendek dan sebentar. Oleh itu, tidak rugi jika anda mencuba produk yang telah terbukti berkesan seperti Susu Efferty.

Susu Efferty diformulasi khas untuk meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki. Manakala Prote-C, iaitu suplemen vitamin C khas untuk ibu mengandung bagus untuk membekalkan vitamin C untuk kesuburan. Susu Efferty Mama pula khusus untuk ibu hamil, supaya ibu hamil dan bayi dalam kandungan memperoleh nutrisi penting sepanjang kehamilan.

Bagi yang masih lagi belum hamil, Susu Efferty adalah pilihan yang anda boleh cuba bagi mengatasi masalah kesuburan. Cubalah Susu Efferty sekarang. Ada 6 perisa lazat yang boleh dipilih, sama ada madu kurma, coklat, strawberi, coklat kulit kayu manis, taro dan rockmelon. Setiap perisa mempunyai kelebihan tersendiri.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau lawati online shop Efferty Mama untuk dapatkan Susu Efferty sekarang.

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *