Skip to content
Sign In
26 Mar 2025

Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung & Panduan Pemakanan

Pemakanan sihat untuk ibu hamil adalah sangat penting bagi membekalkan nutrisi dan tenaga yang cukup untuk ibu dan bayi yang dikandung. Sekiranya anda sedang merancang kehamilan, anda perlu ketahui pentingnya pemakanan di awal kehamilan agar risiko kecacatan bayi seperti spina bifida dapat dielakkan. 

Oleh itu, ketika hamil, anda perlu ketahui nutrisi-nutrisi penting dan amalan pemakanan sihat bagi menyokong kehamilan anda. Dalam artikel ini, Efferty akan membincangkan nutrisi apakah yang perlu diambil sepanjang proses kehamilan dan amalan pemakanan sihat untuk ibu mengandung agar kesihatan ibu hamil dan anak dikandung terjamin. 

Ketika hamil, anda memerlukan tambahan 360 kalori sehari pada trimester kedua berbanding sewaktu tidak hamil. Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga, anda memerlukan tambahan 470 kalori sehari. Lebihan kalori tersebut perlu untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan.

Menurut saranan MyHealth daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, penambahan berat badan semasa hamil yang sesuai mengikut berat badan sebelum hamil adalah seperti berikut:

  • Untuk wanita yang kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg

  • Untuk wanita yang mempunyai berat badan normal, anda perlu menambah antara 11-16kg

  • Untuk wanita yang berat badan berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg

  • Untuk wanita yang hamil anak kembar, anda perlu menambah antara 16-20kg

Pinggan makanan sihat untuk ibu mengandung yang seimbang.

Senarai Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan pemakanan sihat untuk ibu hamil tidak dapat disangkal lagi. Di sini kami senaraikan makanan yang perlu diambil ketika hamil bagi menyokong proses kehamilan sihat.   

1. Produk Tenusu

Produk tenusu seperti yogurt, susu segar, susu tepung, susu kambing, keju dan susu untuk ibu hamil  merupakan makanan yang sihat untuk ibu mengandung kerana ianya membekalkan kalsium dan protein untuk menyokong kehamilan.  

Kalsium diperlukan bagi menggalakkan pembentukan tulang dan gigi bayi sewaktu trimester ketiga. Untuk ibu hamil, ianya diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Manakala protein dari tenusu diperlukan untuk menggalakkan tumbesaran optimum dan sihat pada tubuh bayi.

Antara kepentingan protein dari produk tenusu adalah seperti berikut:

  • Membina sel-sel tubuh bayi sewaktu dalam kandungan

  • Pembentukan otot-otot bayi 

  • Mencegah rintangan insulin bagi ibu mengandung 

Ibu hamil yang kurang mengambil protein dari produk tenusu berisiko melahirkan bayi yang kurang berat badan. 

Selain protein, produk tenusu juga membekalkan nutrisi lain seperti kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium dan zink. Oleh itu, pengambilan susu sangat penting ketika hamil agar kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungan terjamin.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai selera dan mengalami gejala alahan akibat morning sickness, anda disarankan mengambil suplemen dan makanan nutrisi tambahan mengikut keperluan bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan. 

2. Buah-buahan & Sayur-sayuran

Selain sihat dan sedap, buah-buahan & sayur-sayuran juga memberi tenaga untuk membantu ibu hamil supaya mendapat nutrisi terbaik sepanjang kehamilan. 

Para ibu disarankan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kategori superfood seperti pisang, buah-buahan tempatan, buah beri, buah kurma, sayuran berdaun gelap seperti ulam-ulaman, sayur kale dan bayam. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran  mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C, A, B1 dan B2 menjadikannya makanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Tinggi dengan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran juga baik untuk proses pencernaan sekaligus membantu untuk mengelakkan ibu hamil daripada mengalami masalah sembelit. 

Antioksidan yang diambil sewaktu sedang hamil berkesan melawan radikal bebas dalam sel-sel badan. Selain itu, nutrisi seperti asid folik daripada buah-buahan dan sayur-sayuran merangsang pertumbuhan saraf dan tumbesaran otak bayi.

Ini sangat penting untuk diambil pada peringkat awal kehamilan. Mengikut kesesuaian dan pilihan kesukaan anda, buah-buahan dan sayur-sayuran  juga sesuai untuk dibuat jus dan dinikmati sebagai air minuman. 

3. Kekacang

Asid lemak perlu seperti omega 3, DHA dan EPA sangat penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran bayi. Selain ikan, kekacang merupakan makanan yang kaya dengan asid lemak perlu omega 3, sekaligus menjadikannya antara makanan berkhasiat ketika hamil. 

Namun, pastikan anda tiada sebarang alahan terhadap kekacang sebelum mengambil sebarang makanan kekacang seperti kacang badam, kacang kuda, kacang merah, kacang walnut, kacang gajus dan kacang tanah. 

Kacang tanah kaya dengan vitamin, protein dan mineral yang sangat baik untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan, begitu juga dengan tempe. Antara sumber nutrisi yang terdapat dalam kekacang adalah vitamin A, kompleks B, E dan K.

Ia juga mengandungi kalsium yang sangat penting untuk perkembangan otak dan tulang bayi dalam kandungan. Selain makanan yang perlu diambil, terdapat juga beberapa makanan perlu anda elakkan ketika hamil bagi mengurangkan risiko keracunan. 

Antaranya adalah makanan mentah seperti ayam dan daging mentah, sushi, buah potong dan aiskrim ceduk. Perisa tambahan dalam makanan seperti MSG yang boleh menyebabkan loya, pedih ulu hati, sakit perut dan sakit kepala.

Sayuran hijau dan kekacang berkhasiat untuk diet semasa hamil.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Semasa kehamilan, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan risiko keracunan makanan dan masalah kesihatan lain bagi ibu dan bayi. Ini termasuklah makanan yang mungkin mengandungi bakteria berbahaya seperti Listeria dan Salmonella, yang boleh menyebabkan jangkitan serius.

Makanan yang perlu dielakkan:

  1. Makanan Mentah:
    Makanan mentah seperti sushi, daging ayam mentah, dan telur separuh masak berisiko tinggi mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

  2. Produk Tenusu Tidak Dipasteurisasi:
    Produk seperti susu mentah dan keju yang tidak dipasteurisasi boleh mengandungi Listeria, yang berbahaya untuk kehamilan.

  3. Ikan dengan Kandungan Merkuri Tinggi:
    Ikan seperti ikan yu, ikan todak, dan ikan tenggiri mengandungi merkuri, yang boleh memberi kesan buruk pada perkembangan otak bayi.

Mengelakkan makanan-makanan ini dapat mengurangkan risiko komplikasi dan memastikan kehamilan yang lebih sihat.

Panduan Pemakanan Awal Kehamilan Untuk Janin Sihat

Trimester pertama di awal kehamilan merupakan tempoh yang kritikal kerana sepanjang tempoh ini, pembentukan sel dan perkembangan organ bayi berlaku dengan sangat cepat. Oleh itu, anda harus mendapatkan nutrisi yang baik dan secukupnya bermula daripada pemakanan di awal kehamilan anda. 

Terdapat pelbagai komplikasi pada bayi sekiranya si ibu tidak mendapatkan nutrisi secukupnya, seperti kecacatan spina bifida, meningkatkan risiko anak menghidap penyakit tidak berjangkit, bayi tak cukup berat dan pertumbuhan bayi terencat. 

Bagi ibu hamil, komplikasi akibat kekurangan nutrien menyebabkan masalah kesihatan seperti anemia, risiko pre-eklampsia, badan lemah dan tulang lemah akibat kekurangan kalsium. 

Sekiranya anda dan pasangan merancang untuk memiliki cahaya mata, anda disarankan untuk memastikan nutrisi diambil secukupnya dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan.

Makanan Kuatkan Rahim Ketika Hamil & Tips Kesihatan

Semua ibu bapa pastinya mengharapkan bayi mereka yang bakal lahir cukup sifatnya, juga sihat fizikal dan mentalnya. Oleh itu, bakal ibu perlu memberi perhatian pada pemakanan sihat semasa hamil kerana ianya akan mempengaruhi kesihatan ibu hamil dan bayi anda.   

Cara mudah untuk melengkapkan pengambilan nutrisi penting sewaktu hamil ialah dengan mengambil suplemen dan susu ibu hamil. Pengambilan nutrisi seimbang mengurangkan risiko keguguran kerana rahim dapat diperkuat bagi menyokong penempelan dan tumbesaran janin. 

Bagi menguatkan rahim, bakal ibu disarankan mengambil makanan kuatkan rahim ketika hamil seperti kurma, kismis, badam dan protein secukupnya. 

Ibu hamil minum Susu Efferty Mama untuk nutrisi awal kehamilan.

Makanan Untuk Kuatkan Rahim Ketika Hamil

Rahim yang kuat sangat penting untuk memastikan kehamilan yang sihat dan mencegah keguguran, terutama dalam trimester pertama. Nutrisi persediaan kehamilan seperti asid folik, vitamin C, vitamin E dan zat besi adalah nutrien utama yang dapat membantu memperkuat selaput dinding rahim dan menyokong pertumbuhan janin.

Makanan yang mengandungi nutrien penting:

  1. Asid folik:
    Sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, dan kekacang adalah sumber terbaik asid folik yang menyokong perkembangan saraf bayi dan memperkuat rahim.

  2. Vitamin C & E:
    Buah beri, kiwi, dan buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin C & E, yang penting untuk meningkatkan imuniti ibu dan membantu penyerapan zat besi. Gabungan nutrisi lain seperti Omega 3 DHA & L-arginine bantu membina lebih banyak salur-salur darah sihat dan menebalkan selaput dinding rahim supaya penempelan janin lebih kukuh.

  3. Zat Besi:
    Daging merah, kekacang, dan sayuran berdaun hijau kaya dengan zat besi, yang membantu mencegah anemia dan memastikan aliran darah beroksigen yang cukup ke rahim. Aliran darah beroksigen bagus untuk nak sokong penebalan selaput dinding rahim yang sihat supaya penempelan janin berjaya dan tumbesaran uri lebih kukuh. 

Memilih makanan yang kaya dengan nutrien ini adalah langkah bijak untuk memastikan rahim yang sihat dan kehamilan yang kuat.

Lengkapkan Diet Pemakanan Sihat Ibu Hamil Dengan Efferty

Pemakanan sihat untuk ibu mengandung memainkan peranan yang besar dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin. Walaubagaimanapun, pengambilan pemakanan seimbang ibu mengandung mungkin terjejas akibat alahan, mual-mual dan muntah ketika mengalami morning sickness. 

Oleh itu, ibu-ibu hamil yang mengalami kehilangan nutrisi boleh melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan. Bagi menyokong kehamilan sihat, ibu-ibu hamil disarankan mengambil Susu Efferty Mama dan  Suplemen untuk Ibu Mengandung bagi menampung keperluan nutrisi badan sewaktu hamil. 

Kedua-dua suplemen ini menyumbang kepada pemakanan sihat ibu hamil memandangkan ianya kaya dengan pelbagai nutrisi untuk kehamilan sihat seperti DHA, asid folik, probiotik, zat besi, vitamin B kompleks dan multivitamin. 

Diet pemakanan sihat untuk ibu hamil juga dapat dilengkapkan lagi dengan pengambilan kedua-dua suplemen ini. Oleh itu, dapatkan Susu Efferty Mama dan Prote-C sekarang  bagi tumbesaran bayi yang sihat. Lawati laman Shopping Page Efferty untuk dapatkan produk-produk kesuburan terbaik di Malaysia. 

 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Mengenai Makanan Sihat Ibu Mengandung

  • Apakah senarai makanan sihat untuk ibu mengandung yang wajib diambil setiap hari?


    Ibu hamil perlu mengutamakan makanan yang padat dengan makronutrien dan mikronutrien. Kumpulan makanan wajib termasuk:

    • Produk Tenusu: Susu, keju, dan yogurt untuk kalsium (pembentukan tulang janin).
    • Sayuran Hijau: Bayam dan brokoli yang kaya dengan asid folik dan zat besi.
    • Protein Tanpa Lemak: Telur, ayam, dan ikan (seperti salmon yang kaya Omega-3 untuk otak bayi).
    • Kekacang & Buah-buahan: Badam, walnut, jambu batu, dan pisang untuk serat bagi mengelakkan sembelit.
  • Mengapa pemakanan awal kehamilan sangat kritikal untuk perkembangan janin?


    Pemakanan di awal kehamilan (trimester pertama) sangat kritikal kerana ini adalah fasa utama pembentukan organ dan sistem saraf janin. Kekurangan nutrisi penting, terutamanya asid folik pada tahap ini, boleh meningkatkan risiko kecacatan tiub neural (seperti spina bifida). Pengambilan diet yang seimbang memastikan sel-sel janin berkembang dengan sihat dan sempurna.

  • Bagaimana cara mengatur menu diet semasa mengandung jika ibu kerap mengalami alahan (morning sickness)?


    Mual dan hilang selera makan di awal kehamilan adalah cabaran biasa. Untuk memastikan ibu dan janin kekal mendapat nutrisi tanpa memburukkan alahan, amalkan langkah praktikal ini:

    • Makan Kerap Tapi Sedikit: Ambil hidangan dalam kuantiti kecil setiap 2-3 jam berbanding 3 hidangan besar sekaligus.
    • Sediakan Makanan Kering: Makan biskut kering (crackers) atau roti bakar sebaik sahaja bangun tidur untuk menyerap asid perut.
    • Amalkan Halia: Minum air halia suam yang terbukti berkesan secara semula jadi untuk meredakan rasa loya.
    • Elak Bau & Rasa Kuat: Jauhi makanan yang terlalu berminyak, pedas, atau berbau tajam buat sementara waktu.
    • Minum Susu Berkhasiat: Jika sukar menelan makanan pepejal, bancuhan Susu Efferty Mama yang lazat dan mudah dihadam boleh membantu mengisi lompang nutrisi harian ibu.
  • Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil demi kesihatan ibu dan bayi?


    Walaupun ibu memerlukan kalori tambahan, beberapa makanan membawa risiko jangkitan bakteria (Listeria/Salmonella) atau toksin yang boleh menyebabkan keguguran:

    • Makanan Mentah/Separuh Masak: Daging, telur cair, dan makanan laut mentah (sushi).
    • Ikan Bermerkuri Tinggi: Ikan yu atau tenggiri besar yang boleh merencatkan perkembangan saraf bayi.
    • Tenusu Tidak Dipasteur: Susu segar mentah yang tidak melalui proses pempasteuran.
    • Kafein Berlebihan: Hadkan pengambilan kopi kepada maksimum 200mg sehari.
  • Bilakah masa yang paling sesuai untuk mula minum Susu Efferty Mama?


    Waktu terbaik untuk mula mengamalkan Susu Efferty Mama adalah sebaik sahaja anda disahkan hamil sehinggalah sepanjang tempoh kehamilan (Trimester 1 hingga 3). Ianya dirumus khas dengan 28 nutrien kritikal untuk ibu hamil seperti asid folik, kalsium, probiotik dan multivitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian, menjadikannya pelengkap sempurna kepada pemakanan sihat ibu mengandung.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×