Menangani Masalah Kekurangan Nutrisi ketika Mengandung dengan Suplemen Sesuai
Ketika hamil, keperluan nutrisi juga semakin meningkat. Namun, ada beberapa keadaan yang menyebabkan ibu hamil tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi mereka. Salah satu cabaran utama ini ialah mual dan muntah, terutamanya pada trimester pertama kehamilan. Keadaan ini, yang dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ianya boleh mengganggu selera makan dan menyebabkan kekurangan pengambilan nutrien penting.
Sesetengah ibu hamil mungkin mengalami keinginan untuk makanan tertentu atau menolak makanan yang dahulunya mereka suka. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan anemia, kelahiran pramatang, dan perkembangan janin yang terjejas. Oleh itu, penting bagi ibu hamil untuk mengambil suplemen yang sesuai dan memastikan mereka mendapat semua nutrisi yang diperlukan.
Bagaimana Memilih Suplemen yang Tepat untuk Ibu Hamil?
Suplemen-suplemen untuk ibu hamil yang terdapat di pasaran mungkin mempunyai fungsi yang berbeza. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih suplemen termasuklah kandungan nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil. Pastikan suplemen yang dipilih mengandungi multivitamin, multimineral, asid folik dan vitamin C yang mencukupi.
Multivitamin penting untuk memastikan ibu hamil mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan, manakala vitamin C untuk sistem imun yang kuat. Keselamatan produk juga perlulah diutamakan. Untuk ibu hamil, asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf tunjang janin, masalah jantung berlubang dan masalah sumbing. Asid lemak omega 3 sama ada dalam bentuk DHA, EPA atau ALA bagus untuk pembentukan saraf & tumbesaran otak janin di dalam kandungan.
Pastikan suplemen yang dipilih telahpun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk berdaftar dengan KKM adalah dalam kategori pengkelasan makanan ataupun mempunyai nombor pendaftaran MDA dari KKM.
Selain itu, dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang suplemen. Mereka boleh memberikan panduan berdasarkan keperluan kesihatan anda dan memastikan suplemen yang dipilih tidak mempunyai kesan sampingan dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil.
Penggunaan Suplemen Vitamin C Ketika Mengandung sebagai Sokongan Kesihatan
Mengikut garis panduan umum yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia, ibu hamil perlu memastikan berat badan mereka bertambah secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Berikut adalah panduan yang ditetapkan:
Status berat badan sebelum hamil | Indeks Jisim Badan (BMI) | Penambahan berat badan yang disyorkan (kg) |
Kekurangan berat badan | < 18.5 kg/m2 | 12.5-18.0 |
Berat badan normal | 18.5-24.9 kg/m2 | 11.5-16.0 |
Berat badan berlebihan | 25-29.9 kg/m2 | 7.0-11.5 |
Obesiti | ≥ 30 kg/m2 | 5.0-9.0 |
Pengambilan suplemen vitamin C membantu untuk mencapai berat badan yang disyorkan semasa hamil. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan meningkatkan sistem imun.
Ia juga membantu dalam penyerapan zat besi, yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Ini dapat membantu anda memastikan keseimbangan nutrisi dan mengatasi kekurangan yang mungkin timbul akibat masalah seperti mual dan muntah.
Manfaat Vitamin C untuk Ibu Mengandung: Dari Kehamilan Hingga Pemulihan
Vitamin C, suplemen penting untuk ibu mengandung, dirumus khas bagi memenuhi keperluan ibu sebelum, semasa, dan selepas kehamilan. Sebelum mengandung, pengambilan Vitamin C membantu mempersiapkan tubuh dengan memastikan sistem imun berada dalam keadaan optimum.
Semasa kehamilan, Vitamin C membantu ibu hamil dengan meningkatkan sistem imun, meningkatkan penyerapan zat besi, dan mengurangkan risiko preeklampsia. Selepas bersalin, Vitamin C terus memberikan manfaat dengan menyokong proses pemulihan tubuh dan penyusuan bayi.
Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Ia membantu meningkatkan tenaga untuk ibu agar dapat menjaga bayi dengan lebih baik. Setiap kotak suplemen Vitamin C biasanya mengandungi sachet yang mudah dibawa, boleh diambil dengan cara dibancuh bersama air sejuk atau dimakan terus di dalam mulut.
Pilih Suplemen dari Efferty untuk Menjaga Kesihatan Sepanjang Kehamilan Anda
Setiap produk dari Efferty mempunyai jaminan kualiti dan keberkesanan terbukti. Susu Efferty Mama adalah pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan anda sebelum, semasa kehamilan, dan selepas bersalin. Dapatkan manfaat Vitamin C dari Susu Efferty Mama sekarang untuk memastikan pengalaman mengandung anda lebih lancar dan sihat!
Belilah sekarang dan sertai ribuan wanita yang telah merasai perbezaannya! Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang suplemen kehamilan atau lawati kedai online Efferty Mama sekarang untuk produk lain.
Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.