Home Kesuburan dan Ikhtiar Hamil Makanan Ketika Hamil Mempengaruhi Kesihatan Ibu dan Anak

Makanan Ketika Hamil Mempengaruhi Kesihatan Ibu dan Anak

Pemakanan sihat untuk ibu hamil adalah sangat penting bagi membekalkan nutrisi dan tenaga yang cukup untuk ibu dan bayi yang dikandung. Sekiranya anda sedang merancang kehamilan, anda perlu ketahui pentingnya pemakanan di awal kehamilan agar risiko kecacatan bayi seperti spina bifida dapat dielakkan. 

Oleh itu, ketika hamil, anda perlu ketahui nutrisi-nutrisi penting dan amalan pemakanan sihat bagi menyokong kehamilan anda. Dalam artikel ini, Efferty akan membincangkan nutrisi apakah yang perlu diambil sepanjang proses kehamilan dan amalan pemakanan sihat untuk ibu mengandung agar kesihatan ibu hamil dan anak dikandung terjamin. 

Ketika hamil, anda memerlukan tambahan 360 kalori sehari pada trimester kedua berbanding sewaktu tidak hamil. Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga, anda memerlukan tambahan 470 kalori sehari. Lebihan kalori tersebut perlu untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan.

Menurut saranan MyHealth daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, penambahan berat badan semasa hamil yang sesuai mengikut berat badan sebelum hamil adalah seperti berikut:

  • Untuk wanita yang kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg
  • Untuk wanita yang mempunyai berat badan normal, anda perlu menambah antara 11-16kg
  • Untuk wanita yang berat badan berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg
  • Untuk wanita yang hamil anak kembar, anda perlu menambah antara 16-20kg

Makanan sihat sesuai yang perlu diambil ketika hamil

Kepentingan pemakanan sihat untuk ibu hamil tidak dapat disangkal lagi. Di sini kami senaraikan makanan yang perlu diambil ketika hamil bagi menyokong proses kehamilan sihat.   

Makanan Sihat untuk Ibu Mengandung 1: Produk Tenusu

Produk tenusu seperti yogurt, susu segar, susu tepung, susu kambing, keju dan susu untuk ibu hamil  merupakan makanan yang sihat untuk ibu mengandung kerana ianya membekalkan kalsium dan protein untuk menyokong kehamilan.  

Kalsium diperlukan bagi menggalakkan pembentukan tulang dan gigi bayi sewaktu trimester ketiga. Untuk ibu hamil, ianya diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Manakala protein dari tenusu diperlukan untuk menggalakkan tumbesaran optimum dan sihat pada tubuh bayi.

Antara kepentingan protein dari produk tenusu adalah seperti berikut:

  • Membina sel-sel tubuh bayi sewaktu dalam kandungan
  • Pembentukan otot-otot bayi 
  • Mencegah rintangan insulin bagi ibu mengandung 

Ibu hamil yang kurang mengambil protein dari produk tenusu berisiko melahirkan bayi yang kurang berat badan. 

Selain protein, produk tenusu juga membekalkan nutrisi lain seperti kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium dan zink. Oleh itu, pengambilan susu sangat penting ketika hamil agar kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungan terjamin.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai selera dan mengalami gejala alahan akibat morning sickness, anda disarankan mengambil suplemen dan makanan nutrisi tambahan mengikut keperluan bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan. 

Makanan Sihat untuk Ibu Mengandung 2: Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Selain sihat dan sedap, buah-buahan & sayur-sayuran juga memberi tenaga untuk membantu ibu hamil supaya mendapat nutrisi terbaik sepanjang kehamilan. 

Para ibu disarankan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kategori superfood seperti pisang, buah-buahan tempatan, buah beri, buah kurma, sayuran berdaun gelap seperti ulam-ulaman, sayur kale dan bayam. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran  mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C, A, B1 dan B2 menjadikannya makanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Tinggi dengan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran juga baik untuk proses pencernaan sekaligus membantu untuk mengelakkan ibu hamil daripada mengalami masalah sembelit. 

Antioksidan yang diambil sewaktu sedang hamil berkesan melawan radikal bebas dalam sel-sel badan. Selain itu, nutrisi seperti asid folik daripada buah-buahan dan sayur-sayuran merangsang pertumbuhan saraf dan tumbesaran otak bayi.

Ini sangat penting untuk diambil pada peringkat awal kehamilan. Mengikut kesesuaian dan pilihan kesukaan anda, buah-buahan dan sayur-sayuran  juga sesuai untuk dibuat jus dan dinikmati sebagai air minuman. 

Makanan Sihat untuk Ibu Mengandung 3: Kekacang

Asid lemak perlu seperti omega 3, DHA dan EPA sangat penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran bayi. Selain ikan, kekacang merupakan makanan yang kaya dengan asid lemak perlu omega 3, sekaligus menjadikannya antara makanan berkhasiat ketika hamil. 

Namun, pastikan anda tiada sebarang alahan terhadap kekacang sebelum mengambil sebarang makanan kekacang seperti kacang badam, kacang kuda, kacang merah, kacang walnut, kacang gajus dan kacang tanah. 

Kacang tanah kaya dengan vitamin, protein dan mineral yang sangat baik untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan, begitu juga dengan tempe. Antara sumber nutrisi yang terdapat dalam kekacang adalah vitamin A, kompleks B, E dan K.

Ia juga mengandungi kalsium yang sangat penting untuk perkembangan otak dan tulang bayi dalam kandungan. Selain makanan yang perlu diambil, terdapat juga beberapa makanan perlu anda elakkan ketika hamil bagi mengurangkan risiko keracunan. 

Antaranya adalah makanan mentah seperti ayam dan daging mentah, sushi, buah potong dan aiskrim ceduk. Perisa tambahan dalam makanan seperti MSG yang boleh menyebabkan loya, pedih ulu hati, sakit perut dan sakit kepala.

Pemakanan Awal Kehamilan yang Sihat Memastikan Pertumbuhan dan Perkembangan Janin yang Baik

Trimester pertama di awal kehamilan merupakan tempoh yang kritikal kerana sepanjang tempoh ini, pembentukan sel dan perkembangan organ bayi berlaku dengan sangat cepat. Oleh itu, anda harus mendapatkan nutrisi yang baik dan secukupnya bermula daripada pemakanan di awal kehamilan anda. 

Terdapat pelbagai komplikasi pada bayi sekiranya si ibu tidak mendapatkan nutrisi secukupnya, seperti kecacatan spina bifida, meningkatkan risiko anak menghidap penyakit tidak berjangkit, bayi tak cukup berat dan pertumbuhan bayi terencat. 

Bagi ibu hamil, komplikasi akibat kekurangan nutrien menyebabkan masalah kesihatan seperti anemia, risiko pre-eklampsia, badan lemah dan tulang lemah akibat kekurangan kalsium. 

Sekiranya anda dan pasangan merancang untuk memiliki cahaya mata, anda disarankan untuk memastikan nutrisi diambil secukupnya dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan.

Pemakanan ketika Hamil Mempengaruhi Tahap Kesihatan Ibu Hamil dan Bayi Anda

Semua ibu bapa pastinya mengharapkan bayi mereka yang bakal lahir cukup sifatnya, juga sihat fizikal dan mentalnya. Oleh itu, bakal ibu perlu memberi perhatian pada pemakanan sihat semasa hamil kerana ianya akan mempengaruhi kesihatan ibu hamil dan bayi anda.   

Cara mudah untuk melengkapkan pengambilan nutrisi penting sewaktu hamil ialah dengan mengambil suplemen dan susu ibu hamil. Pengambilan nutrisi seimbang mengurangkan risiko keguguran kerana rahim dapat diperkuat bagi menyokong penempelan dan tumbesaran janin. 

Bagi menguatkan rahim, bakal ibu disarankan mengambil makanan kuatkan rahim ketika hamil seperti kurma, kismis, badam dan protein secukupnya. 

Pemakanan Seimbang untuk Ibu Hamil dengan Susu Mengandung Efferty

Pemakanan sihat untuk ibu mengandung memainkan peranan yang besar dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin. Walaubagaimanapun, pengambilan pemakanan seimbang ibu mengandung mungkin terjejas akibat alahan, mual-mual dan muntah ketika mengalami morning sickness. 

Oleh itu, ibu-ibu hamil yang mengalami kehilangan nutrisi boleh melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan. Bagi menyokong kehamilan sihat, ibu-ibu hamil disarankan mengambil Susu Efferty Mama dan  Prote-C (Suplemen Vitamin C untuk Ibu Mengandung) bagi menampung keperluan nutrisi badan sewaktu hamil. 

Kedua-dua suplemen ini menyumbang kepada pemakanan sihat ibu hamil memandangkan ianya kaya dengan pelbagai nutrisi untuk kehamilan sihat seperti DHA, asid folik, probiotik, zat besi, vitamin B kompleks dan multivitamin. 

Diet pemakanan sihat untuk ibu hamil juga dapat dilengkapkan lagi dengan pengambilan kedua-dua suplemen ini. Oleh itu, dapatkan Susu Efferty Mama dan Prote-C sekarang  bagi tumbesaran bayi yang sihat. Lawati laman Shopping Page Efferty untuk dapatkan produk-produk kesuburan terbaik di Malaysia. 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *