Skip to content
Sign In
15 Feb 2025

Panduan Lengkap Suplemen & Vitamin C untuk Ibu Mengandung

Ketika hamil, keperluan nutrisi juga semakin meningkat. Namun, ada beberapa keadaan yang menyebabkan ibu hamil tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi mereka. Salah satu cabaran utama ini ialah mual dan muntah, terutamanya pada trimester pertama kehamilan. Keadaan ini, yang dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ianya boleh mengganggu selera makan dan menyebabkan kekurangan pengambilan nutrien penting.

Sesetengah ibu hamil mungkin mengalami keinginan untuk makanan tertentu atau menolak makanan yang dahulunya mereka suka. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan anemia, kelahiran pramatang, dan perkembangan janin yang terjejas. Oleh itu, penting bagi ibu hamil untuk mengambil suplemen yang sesuai dan memastikan mereka mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

Ibu hamil mengambil suplemen vitamin c dan nutrisi lengkap untuk elak morning sickness

Cara Memilih Suplemen Untuk Ibu Mengandung Yang Tepat

Suplemen-suplemen untuk ibu hamil yang terdapat di pasaran mungkin mempunyai fungsi yang berbeza. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih suplemen termasuklah kandungan nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil. Pastikan suplemen yang dipilih mengandungi multivitamin, multimineral, asid folik dan vitamin C yang mencukupi.

Multivitamin penting untuk memastikan ibu hamil mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan, manakala vitamin C untuk sistem imun yang kuat. Keselamatan produk juga perlulah diutamakan. Untuk ibu hamil, asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf tunjang janin, masalah jantung berlubang dan masalah sumbing. Asid lemak omega 3 sama ada dalam bentuk DHA, EPA atau ALA bagus untuk pembentukan saraf & tumbesaran otak janin di dalam kandungan.

Pastikan suplemen yang dipilih telahpun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk berdaftar dengan KKM adalah dalam kategori pengkelasan makanan ataupun mempunyai nombor pendaftaran MDA dari KKM.

Selain itu, dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang suplemen. Mereka boleh memberikan panduan berdasarkan keperluan kesihatan anda dan memastikan suplemen yang dipilih tidak mempunyai kesan sampingan dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil.

Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung & Sistem Imun

Mengikut garis panduan umum yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia, ibu hamil perlu memastikan berat badan mereka bertambah secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Berikut adalah panduan yang ditetapkan:

Status berat badan sebelum hamil

Indeks Jisim Badan (BMI)

Penambahan berat badan yang disyorkan (kg)

Kekurangan berat badan

< 18.5 kg/m2

12.5-18.0

Berat badan normal

18.5-24.9 kg/m2

11.5-16.0

Berat badan berlebihan

25-29.9 kg/m2

7.0-11.5

Obesiti

≥ 30 kg/m2

5.0-9.0

Pengambilan suplemen vitamin C membantu untuk mencapai berat badan yang disyorkan semasa hamil. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan meningkatkan sistem imun.

Ia juga membantu dalam penyerapan zat besi, yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Ini dapat membantu anda memastikan keseimbangan nutrisi dan mengatasi kekurangan yang mungkin timbul akibat masalah seperti mual dan muntah.

Hidangan nutrisi seimbang dan sumber vitamin c untuk ibu mengandung

Manfaat Vitamin C untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama

Vitamin C, suplemen penting untuk ibu mengandung, dirumus khas bagi memenuhi keperluan ibu sebelum, semasa, dan selepas kehamilan. Sebelum mengandung, pengambilan Vitamin C membantu mempersiapkan tubuh dengan memastikan sistem imun berada dalam keadaan optimum.

Semasa kehamilan, Vitamin C membantu ibu hamil dengan meningkatkan sistem imun, meningkatkan penyerapan zat besi, dan mengurangkan risiko preeklampsia. Selepas bersalin, Vitamin C terus memberikan manfaat dengan menyokong proses pemulihan tubuh dan penyusuan bayi.

Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Ia membantu meningkatkan tenaga untuk ibu agar dapat menjaga bayi dengan lebih baik. Setiap kotak suplemen Vitamin C biasanya mengandungi sachet yang mudah dibawa, boleh diambil dengan cara dibancuh bersama air sejuk atau dimakan terus di dalam mulut.

Perbezaan Suplemen untuk Hamil dan Suplemen Kesuburan

Pengambilan suplemen kesuburan dan suplemen kehamilan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun kedua-dua jenis suplemen ini menyokong kesihatan wanita, ianya fokus pada aspek yang berbeza iaitu untuk mempersiapkan tubuh dan untuk menyokong perkembangan bayi semasa kehamilan.

Suplemen Kesuburan

Suplemen kesuburan direka khusus untuk membantu wanita yang berusaha untuk mengandung. Fokus utama suplemen kesuburan adalah untuk menyeimbangkan hormon, meningkatkan kualiti telur dan sperma, serta mengatur kitaran haid. Nutrisi seperti myoinositol, asid folik, dan L-carnitine membantu menyokong proses konsepsi. 

Suplemen Kehamilan (Pranatal)

Berbeza dengan suplemen kesuburan, suplemen kehamilan atau pranatal berperanan untuk menyokong perkembangan janin dan kesihatan ibu hamil. Suplemen ini menyediakan nutrien penting seperti asid folik untuk pembentukan tiub neural, zat besi untuk mencegah anemia, dan kalsium untuk pembentukan tulang janin. 

Persiapan Sebelum dan Semasa Kehamilan

Memastikan tubuh mendapat nutrien yang tepat sebelum kehamilan adalah sama pentingnya dengan semasa kehamilan. Suplemen kesuburan boleh membantu tubuh bersedia untuk persenyawaan dengan menyokong kesihatan reproduktif dan keseimbangan hormon.

Sementara itu, suplemen kehamilan menyokong kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan dengan memastikan ibu mendapat nutrien yang diperlukan untuk kesejahteraan ibu dan perkembangan janin yang sihat.

Susu Efferty Mama suplemen terbaik untuk ibu mengandung dan kesihatan trimester pertama

Efferty Mama: Suplemen & Vitamin Ibu Mengandung Terbaik

Setiap produk dari Efferty mempunyai jaminan kualiti dan keberkesanan terbukti. Susu Efferty Mama adalah pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan anda sebelum, semasa kehamilan, dan selepas bersalin. Dapatkan manfaat Vitamin C dari Susu Efferty Mama sekarang untuk memastikan pengalaman mengandung anda lebih lancar dan sihat!

Belilah sekarang dan sertai ribuan wanita yang telah merasai perbezaannya! Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang suplemen kehamilan atau lawati kedai online Efferty Mama sekarang untuk produk lain.

 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Suplemen Hamil

  • Apakah vitamin untuk ibu mengandung yang paling penting pada trimester pertama?


    Antara vitamin untuk ibu mengandung trimester pertama yang paling kritikal ialah asid folik untuk menyokong proses pembahagian sel yang pesat dalam tubuh janin, serta vitamin C untuk menyokong penghasilan kolagen, tulang janin, gigi janin, meningkatkan sistem imun dan membantu penyerapan zat besi.

  • Bilakah masa terbaik untuk mula mengambil vitamin C untuk ibu mengandung?


    Masa terbaik untuk mula mengambil vitamin C adalah sejak merancang kehamilan dan wajib diteruskan terutamanya pada trimester pertama. Pengambilan awal membantu mempersiapkan sistem imun tubuh, mengurangkan kesan alahan (morning sickness), dan meningkatkan penyerapan zat besi bagi mencegah masalah anemia pada awal kehamilan.

  • Apakah ciri-ciri suplemen untuk ibu hamil yang selamat di Malaysia?


    Suplemen yang selamat mesti berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kategori pengkelasan makanan atau mempunyai nombor pendaftaran MDA. Selain itu, pastikan suplemen tersebut mempunyai gabungan nutrisi yang komprehensif seperti multivitamin, asid folik, vitamin C, dan asid lemak Omega-3 (DHA/EPA) untuk menyokong pembentukan saraf janin.

  • Mengapakah vitamin C sangat kritikal untuk ibu mengandung yang mengalami 'morning sickness'?


    Ibu yang mengalami 'morning sickness' atau mual dan muntah yang teruk pada trimester pertama sering berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi akibat hilang selera makan. Vitamin C menjadi sangat kritikal dalam fasa ini kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan yang menguatkan imuniti ibu hamil, tetapi ia juga berfungsi memaksimumkan penyerapan zat besi daripada makanan harian untuk mengelakkan risiko komplikasi kehamilan, kelahiran pramatang, dan perkembangan janin yang terjejas.

  • Bagaimanakah Susu Efferty Mama membantu melengkapkan keperluan nutrisi kehamilan berbanding suplemen biasa?


    Susu Efferty Mama diformulasikan khas sebagai penyelesaian menyeluruh untuk menyokong kesihatan ibu sebelum, semasa, dan selepas bersalin. Berbanding suplemen berbentuk pil telan, Susu Efferty Mama menyediakan keseimbangan makronutrien dan mikronutrien (termasuk Vitamin C dan Asid Folik) yang mudah diserap oleh tubuh menerusi minuman pra-campuran berasaskan susu kambing. Dengan 28 jenis nutrien di dalam Susu Efferty Mama, ianya mudah diminum dan mesra tekak ibu hamil. Oleh itu, dengan pengambilan Susu Efferty Mama secara konsisten, ibu hamil dapat mengatasi masalah kekurangan nutrisi sewaktu hamil. Mama sihat, baby pun sihat.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×