Skip to content
Sign In
07 Jan 2025

Susu Untuk Ibu Mengandung & Ikhtiar Hamil: Panduan Nutrisi Terbaik

Dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata, terdapat segelintir wanita yang berhadapan dengan realiti yang agak menyakitkan, iaitu masalah kesuburan. Seperti yang kita ketahui, kesuburan adalah tunjang utama bagi mereka yang berhasrat untuk mengandung.

Oleh itu, jika anda dan pasangan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, penting untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah kesuburan atau mencari solusi terbaik bagi menangani hal ini. Persoalannya, bagaimana?

Umum mengetahui bahawa pemakanan yang seimbang adalah salah satu faktor penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Sumber minuman yang berkhasiat seperti susu juga boleh menyokong kesuburan yang baik. Tetapi, apakah kandungan nutrien dalam susu yang boleh memberi kesan positif dalam usaha meningkatkan peluang kehamilan?

Wanita hamil minum segelas susu untuk ibu mengandung terbaik.

Panduan Memilih Susu Kehamilan Yang Bagus Untuk Ibu Hamil

Susu mungkin dapat membantu untuk meningkatkan kesuburan, namun pemilihan susu yang sesuai juga penting. Susu yang baik untuk bakal ibu dapat mempengaruhi kesihatan anda secara menyeluruh semasa proses ikhtiar hamil.

Antara nutrien penting yang perlu anda ambil termasuk myoinositol, asid folik, serta khasiat dari madu dan kurma. Jangan lupakan juga kebaikan prebiotik, kalsium, dan multivitamin bagi memastikan badan anda cukup bersedia untuk hamil.

Jadi, jika anda sedang berusaha untuk hamil, pastikan anda memilih susu yang mengandungi nutrien-nutrien ini untuk memberikan sokongan yang optimal kepada tubuh anda.

Pilih Susu Ibu Mengandung Terbaik Malaysia Untuk Kesihatan Janin

Salah satu jenama yang telah mendapat kepercayaan ramai adalah Susu Efferty. Produk ini bukan sahaja berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi juga mengandungi nutrien penting yang telah terbukti membantu dalam usaha meningkatkan kesuburan dan tingkatkan peluang kehamilan.

Pemilihan susu untuk ikhtiar hamil adalah penting bagi mendapatkan kehamilan yang sihat. Anda juga perlu ambil tahu nutrien yang ada di dalam susu ikhtiar hamil dan kelebihan-kelebihannya. Sebagai contoh, Susu Efferty dapat membantu menguatkan dinding rahim, sekaligus mengelakkan keguguran pada awal kandungan.

Susu Efferty juga membekalkan asid folik, asid lemak omega 3, vitamin C, kalsium dan pelbagai mineral untuk kesihatan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Memilih Susu Efferty sebagai sebahagian daripada diet harian sewaktu hamil adalah langkah yang bijak untuk kehamilan sihat. 

Susu Efferty: Pilihan Ibu Hamil Untuk Tingkatkan Kesuburan

Memperkenalkan Susu Efferty yang diformulasi khas untuk meningkatkan kesuburan wanita di Malaysia. Susu Efferty juga bagus diamalkan untuk wanita yang sedang ikhtiar hamil. Susu Efferty ini bukan sahaja sesuai untuk wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil, tetapi juga bagi mereka yang menghadapi masalah kesuburan wanita seperti senggugut teruk, endometriosis, fibroid, cyst, kitaran haid tidak teratur, hormon tak seimbang, dan sindrom PCOS.

Susu Efferty berperanan membantu menggalakkan kilang telur untuk menghasilkan telur matang dan meningkatkan potensi persenyawaan antara telur wanita matang dengan sperma. Ia mengandungi nutrien-nutrien penting untuk kesuburan seperti myoinositol, yang bagus dalam menstabilkan hormon dan meningkatkan kualiti ovum (sel telur wanita). Asid folik yang penting terkandung di dalam Susu Efferty bagus untuk mencantikkan kualiti telur wanita, meningkatkan kualiti sperma, serta untuk perkembangan tulang belakang dan saraf tunjang janin sewaktu kehamilan di bawah usia 1 bulan.

Selain itu, Susu Efferty ini mengandungi ekstrak madu dan ekstrak kurma yang bagus untuk melancarkan sistem penghadaman, prebiotik untuk memudahkan pencernaan dan menyelesaikan masalah sembelit, kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi sihat, dan multivitamin untuk memenuhi keperluan kesihatan tubuh dan mencegah penyakit.

Nutrisi asid folik dalam susu ibu hamil trimester pertama.

Kelebihan Nutrisi Susu Ibu Hamil Efferty Untuk Ibu & Janin

✅L-carnitin membantu membaikpulih paras hormon kesuburan (estrogen, progesteron, luteinizing dan hormon perangsang folikel) dan meningkatkan kualiti sel telur wanita. 1

✅L-arginine membantu menggalakkan aliran darah lancar ke sistem peranakan dan membantu penebalan selaput dinding rahim agar proses implantasi janin berlaku dengan jayanya.. 2

✅Myoinositol di dalam Susu Efferty bantu baik pulih masalah kitaran haid seperti kitaran haid terlalu pendek, terlalu panjang dan haid jarang-jarang. Ianya turut berperanan membantu mengawal sindrom PCOS dan kembalikan kesuburan. Nutrien myoinositol turut menyeimbangkan hormon kesuburan seperti hormon progesteron, estrogen, luteinizing dan hormon perangsang folikel.3

✅Vitamin C, vitamin D dan vitamin E membantu mencegah kerosakan sel telur wanita dan galakkan penghasilan sel telur matang berkualiti.4

✅Gabungan vitamin C & E membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut teruk & endometriosis. 5

✅Nutrien seperti zink, selenium & asid lemak omega 3 membantu menggalakkan penghasilan sel sperma berkualiti tinggi untuk lelaki.6

✅Membantu mencegah masalah tiub Fallopian tersumbat yang diakibatkan oleh pembentukan parut, selaput endometrium (dinding rahim) dan keradangan.

✅Meningkatkan proses detoks badan.

✅Meningkatkan metabolisma badan.

✅Mineral zat besi dan asid folik bantu tingkatkan sel darah merah dan cegah anemia.

Dapatkan Susu Ibu Mengandung Efferty Untuk Kehamilan Sihat

Pasti anda keliru produk mana nak dipilih kalau nak hamil cepat. Susu Efferty adalah untuk anda yang belum lagi hamil, tapi mahu hamil cepat. Manakala Susu Efferty Mama adalah untuk anda yang sudahpun berjaya hamil dan mahukan kehamilan sihat.

Produk-produk dari Efferty adalah pilihan yang baik untuk anda yang sedang berusaha untuk hamil. Produk ikhtiar hamil dari Efferty ini menawarkan pelbagai kebaikan melalui kandungan nutriennya yang diformulasi khas oleh Dr. Raihana Ismail untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita.

Dua box susu Efferty Mama perisa delima & coklat untuk ibu hamil.

Adakah Susu Efferty Mama Bagus Untuk Ibu Mengandung?

Kualiti dan keberkesanan Susu Subur Efferty telah terbukti dengan kejayaan lebih 6000 pasangan mendapatkan cahaya mata selepas meminum Susu Efferty. Produk kesuburan wanita ini bukan sahaja membantu menebalkan dinding endometrium bagi memperkuatkan proses implantasi janin, tetapi juga memastikan tubuh anda mendapat sokongan nutrisi yang diperlukan untuk mencapai kehamilan yang diimpikan.

Jangan tunggu lagi! Pilih produk-produk Efferty sebagai sebahagian daripada ikhtiar kehamilan dan tingkatkan peluang anda untuk nak cepat hamil. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut tentang bagaimana produk-produk Efferty membantu anda segera hamil. Lawati online shop website Efferty Mama untuk mendapatkan produk-produk Efferty.


Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Mengenai Susu Untuk Ibu Mengandung

  • Bilakah waktu terbaik untuk mula minum susu ibu mengandung?


    Waktu terbaik untuk mula minum susu ibu mengandung adalah seawal trimester pertama, atau lebih baik lagi ketika anda sedang berikhtiar hamil (merancang kehamilan). Susu berkhasiat seperti Efferty mengandungi asid folik yang sangat kritikal pada 12 minggu pertama untuk menyokong perkembangan tiub neural janin dan mencegah kecacatan awal.

  • Apakah nutrisi wajib yang perlu ada dalam susu untuk ibu hamil?


    Susu untuk ibu hamil yang berkualiti wajib mengandungi Asid Folik, Kalsium, Zat Besi (Iron), Vitamin D, dan DHA. Nutrisi ini penting untuk pembentukan tulang bayi, perkembangan otak, dan mengelakkan masalah kesihatan ibu hamil. Formulasi Efferty Mama dirumus khas dengan kesemua nutrien kritikal ibu hamil ini untuk menyokong fasa kehamilan yang sihat.

  • Mengapakah susu kambing sering disyorkan untuk ibu mengandung berbanding susu lembu?


    Susu kambing sering disyorkan kerana molekul lemak dan proteinnya lebih halus, menjadikannya lebih mudah dihadam dan kurang menyebabkan intoleransi laktosa atau kembung perut. Bagi ibu hamil di Malaysia yang mengalami loya teruk pada awal kehamilan, susu berasaskan kambing lebih mesra perut dan membekalkan tenaga segera.

  • Bagaimanakah susu ibu mengandung boleh membantu meningkatkan bacaan HB yang rendah?


    Susu ibu mengandung membantu meningkatkan bacaan HB (Hemoglobin) melalui formulasi yang diperkaya dengan Zat Besi dan Vitamin C. Vitamin C memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh ibu menyerap zat besi dengan optimum dari usus. Mengamalkan susu untuk ibu hamil seperti Efferty secara konsisten dapat membantu menstabilkan sel darah merah sepanjang kehamilan.

  • Siapakah yang paling sesuai mengamalkan susu Efferty dan Efferty Mama?


    Susu Efferty sangat sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang berikhtiar hamil (trying-to-conceive, TTC) dan pasangan yang ingin meningkatkan tahap kesuburan. Manakala Susu Efferty Mama adalah susu untuk ibu yang baru disahkan mengandung. Nutrisi kedua susu ini sedikit berbeza, yang mana ianya diformulasi berdasarkan keperluan tubuh sewaktu fasa ikhtiar hamil dan sesudah hamil

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×