Skip to content
Sign In
06 May 2025

Cara Kira Waktu Subur & Tanda Masalah Kesuburan Lelaki Wanita

Masalah kesuburan merupakan suatu keadaan di mana sesuatu pasangan masih belum berjaya hamil setelah 2 tahun mencuba tanpa penggunaan apa-apa kaedah perancang. Pada masa kini, isu penurunan kadar kesuburan merupakan suatu masalah global menurut laporan daripada Unjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Di Malaysia, kita sedang berada dalam fasa kedua transisi demografi di mana kadar kesuburan semakin menurun dan bilangan penduduk tua semakin bertambah. Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) di Malaysia telah menurun daripada 6.8 orang anak (1957) kepada 2.1 orang anak (2010). 

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai apakah punca serta cara mengatasi masalah kesuburan ini. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut di bawah.

Pasangan suami isteri sedang berbincang tentang tips kehamilan dan cara kira waktu subur.

Masalah Kesuburan Lelaki & Perempuan di Malaysia

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada masalah kesuburan , baik kepada lelaki mahupun perempuan. Faktor tersebut mungkin berbeza-beza mengikut individu. Terdapat dua jenis masalah kesuburan, iaitu kemandulan primer dan kemandulan sekunder. 

Kemandulan primer merupakan keadaan di mana pasangan yang berkahwin masih belum mempunyai cahaya mata setelah 2 tahun mencuba dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak pertama. Kemandulan sekunder pula merupakan keadaan di mana pasangan yang sudah mempunyai cahaya mata, tetapi sukar untuk hamil lagi untuk kehamilan kedua atau seterusnya.

Apakah Punca Masalah Kesuburan Dalam Kalangan Pasangan di Malaysia?

Berikut merupakan antara punca terjadinya masalah kesuburan bagi lelaki dan wanita:

  • Umur: Keupayaan wanita untuk hamil mungkin akan mula menurun bermula umur 35 tahun; manakala tahap kesuburan lelaki merosot selepas umur 40 tahun.

  • Merokok: Tabiat merokok memberi kesan terhadap kesuburan seperti penurunan kualiti sperma dan ketiadaan ovulasi (anovulation). Hal ini menyukarkan proses kehamilan.

  • Toksin: Pendedahan berlebihan kepada toksin dalam persekitaran, seperti plumbum, bahan radioaktif dan racun perosak penyebab kesuburan merosot.

  • Rawatan perubatan: Terutama sekali rawatan radiasi, kimoterapi dan rawatan kanser yang lain menyebabkan kesuburan merosot. Rawatan kimoterapi wanita menyebabkan kilang ovari tidak menghasilkan telur, manakala rawatan kimoterapi pada lelaki menyebabkan penghasilan sperma terencat.

  • Penyakit bawaan seksual:   Jangkitan penyakit bawaan seksual seperti Chlamydia, siflis, jangkitan HPV dan genorrhea berisiko merosakkan system peranakan.  Jangkitan Chlamydia menyebabkan tiub Fallopian tersumbat dan kerosakan dinding uterus. Jangkitan Chlamydia pada lelaki menyebabkan penurunan kualiti sperma dihasilkan. 

Punca Masalah Kesuburan Lelaki

Antara punca masalah kesuburan lelaki adalah seperti berikut:

  • Masalah genetik seperti seperti cystic fibrosis

  • Pendedahan haba yang tinggi kepada testikel melalui pemakaian seluar ketat,  berendam dalam tab air panas,  sauna dan bekerja dalam persekitaran haba tinggi

  • Kecederaan skrotum atau testikel

  • Varikokel iaitu pembengkakan urat dalam skrotum, kantung yang memegang testis

  • Bilangan sperma rendah atau testosteron rendah (hipogonadisme)

  • Penyalahgunaan steroid

  • Ejakulasi pramatang atau ejakulasi retrogred (air mani mengalir kembali ke dalam pundi kencing)

  • Kanser testis dan kesan sampingan rawatannya

Punca Masalah Kesuburan Wanita

Antara punca wanita tidak subur adalah seperti berikut :

Bagi mengetahui punca sebenar masalah kesuburan,  anda perlu berjumpa doktor untuk ujian dan penilaian lanjut.

Kalendar ovulasi dan termometer untuk cara kira waktu subur wanita secara manual.

Tanda Awal Ketidaksuburan yang Perlu Anda Tahu

Antara tanda paling utama ketidaksuburan bagi lelaki dan wanita ialah gagal untuk mendapat anak setelah 2 tahun mencuba. Namun, agak sukar untuk mengetahui punca sebenar dari pihak lelaki atau wanita melainkan dengan melakukan pemeriksaan rapi. 

Oleh itu, mengetahui tanda-tanda ketidaksuburan mengikut jantina dapat membantu anda membuat pengesanan awal dan berjumpa dengan doktor.

Ciri-Ciri & Tanda Lelaki Tidak Subur

Antara tanda-tanda lelaki tidak subur adalah:

  • Mati pucuk atau kesulitan mempertahankan ereksi semasa hubungan intim

  • Gagal berejakulasi setelah bersama

  • Saiz testis berukuran kecil daripada biasa

  • Bengkak atau sakit pada bahagian testis

  • Air mani sedikit

Adalah penting untuk mengetahui walaupun sang suami kelihatan sihat dan normal, ia bukanlah seratus peratus bermakna tidak mengalami masalah kesuburan. Masalah kesuburan lelaki berkaitan sperma adalah seperti sperma tidak berkualiti, jumlah sperma sedikit,  ketiadaan sperma di dalam air mani, sperma cacat, leukocytospermia (air mani pesakit mengandungi sel darah putih),  dan sperma mati sebelum sampai ke telur wanita. 

Masalah-masalah ini tidak mempunyai tanda nyata dan hanya dapat ditentukan menerusi pemeriksaan pakar sakit tuan dan ujian makmal.

Ciri-Ciri & Tanda Wanita Tidak Subur

Antara tanda-tanda wanita kurang subur termasuklah:

  • Kitaran haid tidak teratur

  • Jumlah hari haid terlalu lama atau terlalu sedikit

  • Tidak didatangi haid atau haid tiba-tiba berhenti beberapa bulan

  • Sakit ketika haid atau senggugut berlebihan

  • Perubahan berkaitan hormon

  • Keguguran berturut-turut

  • Keputihan berlebihan

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ketidaksuburan, anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk penilaian dan pemeriksaan lanjut.

Cara Mengatasi Masalah Kesuburan Lelaki & Wanita

Meskipun masalah kesuburan penghalang kepada ikhtiar kehamilan anda, namun jangan bersedih. Kini terdapat pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan pasangan. Antaranya ialah dengan:

  1. Berjumpa doktor pakar sakit tuan dan sakit puan untuk pemeriksaan dan konsultasi 

  2. Mengenalpasti punca ketidaksuburan dan menjalani rawatan yang bersesuaian

  3. Melakukan rawatan kesuburan seperti IVF

  4. Mengawal berat badan dan gaya hidup sihat serta mengurangkan stress

  5. Menjaga nutrisi pemakanan dan diet

  6. Mengadakan hubungan intim secara rutin, terutama ketika waktu subur

Buku Perancang Kehamilan Efferty untuk rekod waktu subur dan ovulasi wanita.

Cara Kira Hari Subur Wanita & Kalkulator Ovulasi Manual

Mengetahui waktu subur wanita adalah penting kerana melakukan hubungan intim ketika fasa ini dapat meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Terdapat beberapa cara untuk kira waktu subur wanita iaitu: 

Cara Kira Hari Subur Wanita Secara Manual

Bagi pengiraan secara manual, ianya hanya boleh dilakukan jika wanita tersebut mempunyai kitaran haid normal sekitar 28 hari. Kitaran ini mungkin berubah dan tidak tetap setiap bulan, namun ia masih dianggap normal jika ianya berubah antara 22 hingga 35 hari. 

Cara tentukan waktu subur wanita bagi kitaran haid normal:

  1. Rekod kitaran haid setiap bulan dan dapatkan purata kitaran haid. Nak lebih mudah, gunakan Buku Perancang Kehamilan Efferty 

  2. Tempoh subur biasanya ketika hari ke-13 hingga hari ke-15 kitaran haid

  3. Guna kit ramalan ovulasi untuk kepastian ovulasi sedang berlaku

Waktu tidak subur wanita adalah selepas habis haid sehingga sebelum ovulasi. Sekiranya anda mengadakan hubungan intim bersama pasangan di waktu ini, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. 

Cara Kira Hari Subur Wanita dengan Aplikasi Kesuburan & Kalkulator Ovulasi

Selain pengiraan secara manual, terdapat banyak aplikasi pintar pada masa kini yang dapat digunakan untuk merekod kitaran haid dan pengiraan tempoh subur. Ini adalah untuk memudahkan anda menentukan waktu subur daripada pengiraan manual yang mungkin kurang tepat. 

Walaupun masalah kesuburan sering mengganggu emosi, namun ianya bukanlah suatu perkara yang memalukan. Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan awal bagi mengatasi masalah ini. Tabu masyarakat bahawa masalah lambat hamil berpunca dari wanita haruslah dihapuskan agar kedua-dua pasangan mempunyai kekuatan untuk terus berikhtiar mendapatkan zuriat.

Peranan Nutrisi & Susu Subur Dalam Membantu Kehamilan

Selain rawatan perubatan seperti IVF, pemakanan harian memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kualiti telur dan sperma. Nutrisi yang mencukupi dapat membantu meningkatkan kesuburan dan menyokong kehamilan yang sihat.

Beberapa nutrisi penting yang diperlukan untuk kesuburan termasuk Asid Folik, Zat Besi, dan Multivitamin.

  • Asid Folik membantu dalam pembentukan sel-sel tubuh bayi dan mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.

  • Zat Besi membantu mengelakkan anemia dan memastikan darah beroksigen mengalir dengan baik ke rahim.

  • Multivitamin memberikan sokongan lengkap bagi tubuh ibu dan meningkatkan kesuburan secara keseluruhan.

Susu Efferty daripada jenama Efferty diformulasi khas untuk menyokong perjalanan ikhtiar hamil anda. Setiap sacet Susu Efferty mengandungi 27 nutrien persediaan kehamilan seperti Asid Folik, L-carnitin, L-arginine, Myo-inositol, Multivitamin, dan Prebiotik. Gabungan nutrien di dalam Susu Efferty menyokong kesejahteraan keseluruhan, yang boleh memberi manfaat kepada wanita untuk persediaan kehamilan sihat.

Jika anda merupakan antara pasangan yang sedang mencuba hamil, dapatkan Susu Efferty untuk sokongan kesuburan anda. Dah lebih 6000 wanita berjaya hamil asbab Susu Efferty. Mungkin lepas ni giliran anda pula?

Ikuti media sosial kami untuk mendapatkan lebih banyak tips cepat hamil, promosi terhebat dan hadiah menarik dari Efferty untuk pengguna bertuah. Sertai juga Group Telegram Komuniti Efferty untuk bertanya soalan mengenai ikhtiar hamil dan berkongsi tips dengan wanita-wanita yang juga sedang berjuang mendapatkan zuriat.

 

Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.

Soalan Lazim Mengenai Waktu Subur & Kesuburan

  • Bagaimanakah cara paling tepat untuk kira waktu subur wanita?


    Cara paling tepat untuk kira waktu subur adalah dengan menolak 14 hari daripada tarikh jangkaan haid akan datang. Contohnya, jika kitaran haid anda adalah 28 hari, waktu subur (ovulasi) biasanya berlaku pada hari ke-14. Untuk ketepatan lebih tinggi, anda disarankan menggunakan Kalkulator Ovulasi atau memerhatikan tanda fizikal seperti suhu badan asas (BBT) meningkat dan kehadiran lendir serviks yang jernih seperti putih telur.

  • Kenapa saya masih sukar hamil walaupun haid teratur setiap bulan?


    Haid yang teratur tidak semestinya bermaksud anda subur sepenuhnya. Kesukaran hamil walaupun haid teratur boleh berpunca daripada kualiti telur (ovum) yang rendah, tiub fallopio tersumbat, atau masalah pada pihak suami (seperti kualiti sperma rendah). Selain itu, ketidakseimbangan hormon yang "tersembunyi" boleh mengganggu proses penempelan janin. Di sinilah pengambilan nutrisi tambahan seperti asid folik dan multivitamin dalam Susu Efferty membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan kualiti telur untuk persenyawaan.

  • Apakah tanda-tanda awal lelaki dan wanita mungkin mengalami masalah kesuburan?


    Tanda awal masalah kesuburan wanita termasuk kitaran haid tidak teratur (terlalu pendek/panjang), senggugut yang sangat sakit (mungkin Endometriosis), dan pertumbuhan misai dan bulu di tempat tak sepatutnya (tanda PCOS). Bagi lelaki, tandanya lebih sukar dilihat tetapi boleh termasuk masalah ereksi, sakit pada bahagian testis, atau air mani yang terlalu sedikit. Jika anda mencuba lebih setahun tanpa hasil, segera berjumpa pakar.

  • Bilakah waktu kesuburan wanita berada pada tahap paling puncak?


    Waktu kesuburan wanita berada pada tahap puncak semasa fasa ovulasi, iaitu apabila telur dibebaskan dari ovari. Ini biasanya berlaku sekali dalam setiap kitaran haid dan telur tersebut hanya mampu bertahan selama 12 hingga 24 jam untuk disenyawakan.

  • Bolehkah masalah kesuburan lelaki dirawat secara semula jadi?


    Masalah kesuburan lelaki berkaitan kualiti sperma seringkali boleh diperbaiki melalui gaya hidup sihat, mengelakkan haba melampau pada testikel, serta mengambil nutrisi tambahan yang kaya dengan Zink dan Selenium seperti yang terdapat dalam Susu Efferty.

Back to top
Home Shop
Wishlist
Log in
×