You will not be allowed to compare more than 4 products at a time
View compare
KHAS UNTUK NAK IKHTIAR HAMIL
Susu Efferty
Susu Efferty padat dengan 27 nutrien seperti multivitamin dan multimineral yang diformulasikan khusus untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian wanita yang sedang merancang kehamilan:
- Nutrisi Teras: Mengandungi Asid Folik, Vitamin D3, D-Biotin, Magnesium, Selenium dan Zink yang membantu menyokong fungsi normal badan serta keseimbangan nutrisi yang diperlukan oleh pasangan ikhtiar hamil.
- Sokongan Kesihatan Reproduktif: Gabungan multivitamin dan multimineral penting membantu menyokong kesihatan sistem reproduktif sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan pemakanan yang seimbang.
- Sokongan Metabolisme Gula: Diperkaya dengan Inositol yang diketahui berperanan dalam membantu menyokong fungsi normal metabolisme gula dan sensitiviti insulin.
- Sokongan Keseimbangan Hormon Wanita: Nutrisi seperti zink, magnesium dan vitamin B kompleks membantu menyokong fungsi hormon dan kesihatan wanita secara keseluruhan.
Sesuai diamalkan sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG
Susu Efferty Mama
Susu Efferty Mama padat dengan nutrisi komprehensif yang sangat diperlukan sepanjang tempoh kehamilan demi menyokong kesihatan ibu dan bayi:
- Sokongan Nutrisi Untuk Perkembangan Bayi: Mengandungi nutrien seperti asid folik, omega 3 DHA dan vitamin C yang membantu menyokong perkembangan bayi dalam kandungan sebagai sebahagian daripada pemakanan yang seimbang.
- Menyokong Keperluan Nutrisi & Tenaga Ibu: Diperkaya dengan zat besi dan vitamin B Kompleks yang membantu menyokong pembentukan sel darah merah serta membantu melengkapkan keperluan nutrisi ibu sepanjang kehamilan.
- Nutrisi Tambahan Untuk Ibu Hamil: Mengandungi nutrien seperti asid folik & omega 3 DHA yang menyumbang kepada fungsi normal badan dan membantu melengkapkan pengambilan nutrisi ibu semasa tempoh kehamilan.
Bagaimana Produk Persediaan Kehamilan Efferty Membantu Wanita Cepat Hamil?
Masih ramai pasangan di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun cahaya mata merupakan suatu anugerah dan rezeki daripada yang maha kuasa, usaha dan ikhtiar untuk mendapatkannya juga penting.
Produk persediaan kehamilan dari Efferty semakin dikenali di Malaysia, menjadikan ia sebagai salah satu pilihan yang boleh dipercayai untuk bakal-bakal ibu bapa.
Teruskan membaca untuk ketahui lanjut lebih banyak kelebihan-kelebihan produk kesuburan dari Efferty.
Read More Close
Manfaat Nutrisi Dalam Produk Persediaan Kehamilan Efferty
Untuk cepat hamil, anda haruslah mengambil makanan berkhasiat untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan. Selain meningkatkan kesuburan, produk kesuburan untuk hamil juga perlu mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan wanita secara menyeluruh.
Pengambilan produk berasaskan tenusu adalah antara yang disyorkan oleh pakar kerana ia dapat meningkatkan kesuburan wanita. Selain itu, ianya membantu sistem reproduksi untuk berfungsi dengan lebih optimum.
Sekiranya anda sedang mencari produk untuk persediaan kehamilan, Susu Efferty merupakan pilihan yang tepat.
Kesemua nutrisi ini berperanan untuk membantu kesuburan pasangan agar ikhtiar hamil berjaya.
Produk Ikhtiar Hamil Membantu Merawat Masalah Kesuburan Wanita
Efferty faham masalah kesuburan yang sedang anda lalui, kerana Dr. Rai sendiri pun pernah mengalaminya. Oleh itu, terhasilnya produk-produk untuk hamil cepat dari Efferty agar lebih banyak pasangan yang mempunyai kesukaran hamil berjaya menimang zuriat.
Antara masalah kesuburan yang lazimnya dialami oleh wanita-wanita di Malaysia adalah seperti PCOS, endometriosis, tiub Fallopian tersumbat dan jangkitan salur peranakan. PCOS merupakan masalah ketidakseimbangan hormon.
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai banyak sista (cyst) di dalam ovari. Kewujudan sista-sista di dalam ovari merupakan punca hormon pesakit PCOS bercelaru. Antara kesan ketidakseimbangan hormon ialah kesukaran untuk hamil.
Penyakit endometriosis ialah keadaan di mana selaput endometrium (tisu dinding rahim wanita) tumbuh di luar bahagian rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus kecil & usus besar. Ianya tidak berbahaya tetapi sangat menyakitkan.
Wanita mengalami endometriosis akan mengalami senggugut teruk, gangguan kencing, sakit pada bahagian pinggul dan banyak lagi. Antara kesan utama dari masalah endometriosis ialah sukar hamil dan keguguran.
Jelaslah bahawa penyakit seperti PCOS, endometriosis dan lain-lain masalah kesuburan adalah punca utama wanita sukar hamil. Oleh itu, pengambilan produk ikhtiar hamil yang dapat membantu merawat masalah kesuburan wanita agar peluang kehamilan mereka dapat ditingkatkan.
Produk persediaan kehamilan seperti Susu Efferty bekerja bagi menyokong ikhtiar hamil anda dengan membekalkan pelbagai nutrisi premium untuk kesihatan am seperti asid folik, myoinositol, L-carnitine, l-arginine, multimineral & multivitamin. Pemakanan harian tak semestinya membekalkan nutrisi kesuburan secukupnya. Dengan meminum Susu Efferty secara konsisten diserta amalan pemakanan sihat, anda akan dapat merasa perubahan dari segi kitaran haid, kekerapan ovulasi, tenaga dan kualiti sperma si suami.
Dengan ini, peluang kehamilan anda semakin cerah apabila masalah-masalah kesuburan berjaya diatasi.
Testimoni Berjaya Hamil Dengan Produk Persediaan Kehamilan Efferty
Adakah anda gusar untuk mencuba produk Efferty kerana meragui keberkesanannya? Jangan risau, di Efferty kami mempunyai testimoni daripada lebih 5000 wanita yang berpuas hati dengan keberkesanan Efferty.
Produk-produk Efferty kini telah membolehkan impian mereka untuk mempunyai keluarga kecil tercapai. Semoga dengan testimoni-testimoni ini bakal menyakinkan anda untuk menyokong ikhtiar hamil bersama Efferty.
Testimoni-testimoni dari pengguna Efferty membolehkan anda merujuk cara yang betul dalam berikhtiar hamil. Oleh itu, kami sarankan anda untuk menyertai Telegram Komuniti Efferty untuk melihat sendiri kejayaan wanita-wanita yang sudah berjaya hamil dengan produk Efferty dan bertukar-tukar tips menarik untuk cepat hamil.
Semoga Komuniti Efferty memudahkan proses dan ikhtiar hamil anda.
Mulakan Usaha Ikhtiar Hamil Anda dengan Susu Subur Efferty
Semenjak pelancaran Susu Subur Efferty & produk-produk kesuburan Efferty, keberkesanan produk-produk kami memang tidak disangkal lagi. Produk Susu Subur Efferty bukan sahaja membekalkan nutrisi yang seimbang malah membantu untuk merawat masalah kesuburan wanita.
Dengan testimoni yang sangat meyakinkan, iaitu lebih 5000 wanita berjaya hamil dan lebih 5000 bayi Efferty telah dilahirkan. Selain berkhasiat, Susu Subur Efferty juga merupakan minuman yang lazat berkrim dengan manfaat yang terjamin.
Ianya hadir dengan pelbagai perisa yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda seperti Dark Chocolate, Original Kurma Madu dan Strawberi. Tambahan pula, Susu Subur Efferty sangat mudah untuk disediakan dan sedia diminum di mana-mana sahaja.
Kelazatannya boleh dinikmati dengan air suam, air sejuk atau disediakan sebagai smoothie. Anda bebas untuk menikmatinya mengikut cara yang anda suka. Susu Subur Efferty berdaftar dengan KKM di bawah pengkelasan makanan dan memiliki Certificate of Analysis dan Nutritional Facts. Yang paling penting, ianya disahkan Halal oleh JAKIM.
Pengambilan produk kesuburan yang baik dapat membantu merealisasikan impian anda untuk mendapatkan cahaya mata. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Susu Subur Efferty sebagai ikhtiar untuk hamil anda dengan melawati Shopping Page kami.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan informasi mengenai produk Efferty Mama!”
Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.
Soalan Lazim Mengenai Produk Persediaan Kehamilan Efferty
-
Adakah produk ikhtiar hamil wanita Efferty selamat diminum setiap hari?
Ya, Susu Efferty sangat selamat diminum setiap hari. Produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang terbukti selamat untuk menyokong kesihatan reproduktif tanpa kesan sampingan berbahaya.
-
Siapakah yang sesuai mengambil susu ikhtiar hamil Efferty?
Susu Efferty diformulasikan untuk wanita yang sedang merancang kehamilan dan ingin melengkapkan pengambilan nutrisi penting bagi menyokong kesihatan wanita secara menyeluruh.
Produk ini merupakan makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan. -
Adakah Susu Efferty sesuai untuk wanita yang baru berkahwin?
Sangat sesuai. Mengambil makanan nutrisi persediaan kehamilan membantu menyediakan rahim yang kondusif untuk kehamilan. Ini kerana apa yang anda makan 3 bulan lepas menentukan tahap kesuburan anda hari ini. Jadi, dengan membekalkan tubuh dengan nutrisi sokongan kesuburan, badan anda akan lebih bersedia menyambut zuriat yang dinantikan.
-
Apakah nutrisi utama dalam Susu Efferty?
Kandungan utama dalam Susu Efferty merangkumi 27 nutrisi persediaan kehamilan seperti Asid Folik, Vitamin D3, D-biotin, Magnesium, Selenium, Zink, serta pelbagai multivitamin dan antioksidan. Kombinasi ini disasarkan khusus untuk sokongan persediaan kehamilan.
-
Berapakah harga produk-produk Efferty di pasaran?
Harga produk-produk Efferty berbeza mengikut pakej kombo dan promosi semasa. Untuk mendapatkan harga rasmi yang terkini serta jaminan produk original, pengguna disarankan untuk membuat pembelian terus melalui laman web rasmi Efferty Mama atau pengedar sah yang berdaftar.
-
Bagaimana Susu Efferty membantu melengkapkan keperluan nutrisi wanita ikhtiar hamil?
Sebahagian wanita mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon yang mempengaruhi kitaran haid dan kesihatan reproduktif. Susu Efferty mengandungi pelbagai nutrisi penting yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi wanita serta menyokong keseimbangan nutrisi sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
-
Mengapa nutrisi asid folik sangat penting dalam produk ikhtiar hamil?
Asid folik adalah mikronutrien paling kritikal sebelum kehamilan kerana ia bertanggungjawab dalam pembahagian sel dan pembentukan sel telur yang berkualiti. Dari sudut perubatan, pengambilan asid folik yang mencukupi melalui produk seperti Efferty bukan sahaja penting untuk persediaan kehamilan, malah mencegah kecacatan tiub saraf tunjang (spina bifida) pada janin pada awal kehamilan.
-
Bilakah waktu terbaik untuk mula mengambil nutrisi persediaan kehamilan?
Secara klinikal, waktu terbaik untuk mula mengambil produk nutrisi persediaan kehamilan sebagai amalan ikhtiar hamil adalah sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sebelum anda merancang untuk hamil. Tempoh ini membolehkan tubuh anda membina simpanan nutrisi yang optimum, dan mempersiapkan rahim untuk menerima zuriat sebelum proses persenyawaan berlaku.
-
Apakah keunikan formulasi nutrisi Efferty berbanding produk nutrisi kesihatan wanita lain?
Perbezaan utama terletak pada bio-ketersediaan dan formulasinya. Suplemen biasa selalunya hadir dalam bentuk pil tunggal dengan nutrisi terhad (seperti asid folik sahaja). Susu Efferty ialah minuman campuran susu kambing yang menggabungkan makronutrien dan mikronutrien. Format susu ini membolehkan penyerapan nutrisi yang lebih pantas ke dalam sistem pencernaan berbanding pil pepejal.
-
Apakah aturan merancang kehamilan dengan produk-produk Efferty?
Untuk memaksimumkan keberkesanan, ikuti langkah strategik ini:
1. Amalkan minum Susu Efferty secara konsisten 1 kali sehari, pada waktu pagi sebelum sarapan pagi atau sahur. Pastikan anda konsisten minum setiap hari 3 bulan sebelum anda hamil.
2. Pantau kitaran haid anda menggunakan aplikasi untuk menjejak tingkap kesuburan dan bila hari subur muncul.
3. Jaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula putih dan karbohidrat ringkas.
4. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan mengurus tekanan (stres) kerana hormon kortisol yang tinggi boleh merencat proses ovulasi.
5. Apabila dah berjaya hamil, boleh dapatkan Susu Efferty Mama untuk bekalkan badan dengan nutrisi untuk ibu hamil.
