Wanita Menghidapi PCOS Masih Boleh Hamil, Namun Perlukan Penjagaan Ini!
Sindrom ovarium polikistik (PCOS) ialah masalah gangguan hormon kesuburan yang menyebabkan pertumbuhan sista di ovari. Wanita yang menghidap sindrom PCOS cenderung mempunyai paras hormon lelaki lebih tinggi di dalam badan. Sista-sista ini dipenuhi cecair dan telur yang belum matang, dan menyebabkan ovari membesar. Keadaan ini menyebabkan kilang telur anda gagal menghasilkan telur matang.
Antara gejala utama bagi penghidap PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur. Ini boleh menyukarkan pesakit untuk menentukan sama ada mereka hamil atau sekadar mengalami kelewatan haid. Haid yang jarang hadir, misalnya haid yang hanya turun sekali dalam 2 atau 3 bulan merupakan antara petanda utama anda menghidap sindrom PCOS.
Selain itu, sindrom PCOS boleh dilihat menerusi perubahan badan. Antara tanda-tanda utama anda menghidap sindrom PCOS adalah seperti berikut:
- Kitaran haid tak teratur
- Tumbuh bulu di badan dan misai di muka
- Bersuara garau
- Berat badan berlebihan
- Jerawat kronik pada muka dan belakang badan
- Mengalami masalah rintangan insulin, pre-diabetes ataupun sudahpun menghidap diabetes
- Didiagnos dengan masalah ketidakseimbangan hormon
Masalah sindrom PCOS menjejaskan ikhtiar hamil anda. Ini kerana sindrom PCOS boleh menyulitkan proses ovulasi, yang mana ovari anda tidak dapat berovulasi secara konsisten setiap bulan.
Walau bagaimanapun, dengan perubahan gaya hidup, pemakanan dan rawatan yang sesuai, wanita dengan PCOS masih mempunyai peluang untuk hamil dan menjalani kehidupan sebagai ibu seperti wanita lain.
Risiko Komplikasi Sewaktu Hamil bagi Wanita yang Pernah Menghidap Sindrom PCOS
Walaupun wanita dengan PCOS masih boleh hamil, mereka mungkin menghadapi beberapa komplikasi akibat gangguan hormon. Kajian menunjukkan bahawa wanita dengan PCOS 18% berisiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran atau kematian janin sebelum kelahiran (stillborn) .1
Wanita dengan PCOS juga mungkin menghadapi risiko diabetes sewaktu hamil (gestational diabetes, atau GDM).2 Walaupun ia boleh dirawat dan dikawal, ibu hamil yang pernah menghidap PCOS perlu untuk mendapatkan pemeriksaan berkala sepanjang kehamilan untuk mengelak risiko komplikasi sewaktu hamil. Rawatan dan intervensi yang sesuai boleh mengurangkan risiko komplikasi kepada ibu dan kematian janin sebelum kelahiran.
Kelahiran pramatang juga merupakan risiko umum bagi wanita hamil yang menghidap sindrom PCOS. Bayi dianggap pramatang jika dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan, dan ini boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius, baik selepas kelahiran atau pada masa hadapan.
Bagaimana Wanita yang Menghidap Sindrom PCOS Boleh Berjaya Hamil ?
Wanita yang menghidap PCOS perlu jalani rawatan khusus, pengambilan ubat-ubatan tertentu, menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup dalam usaha untuk berjaya hamil. Tujuan rawatan adalah untuk membuatkan kitaran haid anda lebih teratur dan konsisten.
Rawatan kesuburan untuk wanita yang menghidap sindrom PCOS juga boleh membantu mengejutkan ovari anda untuk menghasilkan telur matang secara konsisten setiap bulan supaya mudah untuk anda hamil. Untuk mendapatkan ubat-ubatan bagi merangsang ovari anda untuk berovulasi, rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda.
Dari segi pemakanan, pesakit PCOS disarankan berpantang makan dan minum. Ini termasuk berpantang memakan makanan mengandungi pengawet, perasa, pewarna tiruan, tinggi gula, tinggi garam dan makanan terproses. Antara amalan pemakanan sihat untuk pesakit PCOS ialah dengan membanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan segar, dan kurang kandungan gula.
Apabila anda berjaya hamil, perhatikan tanda-tanda awal kehamilan seperti pembengkakan payudara, keletihan walaupun cukup rehat, kerap ke tandas, mual-mual, kerap muntah, pening dan gejala alahan yang lain.
Selain itu, ujian kehamilan di rumah adalah cara yang paling berkesan untuk mengesahkan kehamilan. Sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur kerana akibat PCOS, lakukan ujian kehamilan apabila mula merasakan tanda-tanda kehamilan.
Tips Penjagaan Kehamilan untuk Wanita yang Pernah Menghidap Sindrom PCOS
Seperti yang telah dibincangkan, wanita yang menghidap sindrom PCOS mungkin menghadapi pelbagai risiko komplikasi ketika hamil. Untuk menjaga kandungan semasa kehamilan, disarankan agar melakukan senaman yang sesuai, menjaga berat badan, dan memastikan pengambilan makanan yang seimbang.
Wanita PCOS yang sedang hamil disarankan juga mengawal pengambilan gula dan garam bagi mengelak risiko mengalami diabetes sewaktu hamil dan pre-eklampsia. Pengambilan suplemen semasa hamil juga penting untuk menyokong kesihatan ibu dan bayi.
Contohnya, Susu Efferty Mama diformulasikan khas untuk memberi nutrisi penting sepanjang kehamilan. Kandungan serat inulin di dalamnya boleh bantu stabilkan paras gula di dalam darah sewaktu hamil. Ini boleh mencegah risiko diabetes sewaktu hamil dalam kalangan ibu-ibu hamil.
Efferty adalah produk kesuburan yang menyediakan sokongan nutrisi untuk wanita yang ingin hamil dan semasa kehamilan. Produk ini membantu memastikan ibu dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan untuk perkembangan yang sihat.
Efferty Sesuai sebagai Diet Wanita PCOS yang Sedang Hamil
Wanita hamil yang pernah menghidap sindrom PCOS memerlukan nutrien yang cukup semasa hamil, seperti asid folik, vitamin C, zat besi dan kalsium, untuk menyokong perkembangan bayi dan kesihatan ibu. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan kelahiran, vitamin C membantu meningkatkan sistem imun, dan kalsium menyokong perkembangan tulang bayi. Kesemua nutrien-nutrien ini ada di dalam Susu Efferty Mama.
Manakala serat inulin di dalam Susu Efferty Mama boleh bantu stabilkan paras gula di dalam darah ibu hamil. Multimineral di dalam Susu Efferty Mama seperti potassium, magnesium, zink dan kuprum membantu menstabilkan tekanan darah ibu hamil, agar risiko menghidapi pre-eklampsia dapat dikurangkan.
Produk-produk Efferty diformulasikan khas dengan nutrien-nutrien ini, memberikan sokongan yang diperlukan untuk kehamilan yang sihat. Dapatkan Susu Efferty Mama hari ini dengan melawati online shop kami.
Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.
Sumber:
1. Mayrhofer, D.; Hager, M.; Walch, K.; Ghobrial, S.; Rogenhofer, N.; Marculescu, R.; Seemann, R.; Ott, J. The Prevalence and Impact of Polycystic Ovary Syndrome in Recurrent Miscarriage: A Retrospective Cohort Study and Meta-Analysis. J. Clin. Med. 2020, 9, 2700.
2 de Wilde MA, Veltman-Verhulst SM, Goverde AJ, et al. Preconception predictors of gestational diabetes: a multicentre prospective cohort study on the predominant complication of pregnancy in polycystic ovary syndrome. Hum. Reprod. 29(6), 1327–1136 (2014).