Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic ovary syndrome, PCOS) ialah masalah gangguan hormon di dalam badan yang mana wanita menghidap PCOS mempunyai lebihan hormon androgen (hormon lelaki). Ianya punca ketidaksuburan wanita yang paling biasa dalam kalangan wanita Malaysia.
Kebiasaannya, pesakit PCOS mempunyai banyak sista kecil (follicle cyst) di dalam ovari apabila melakukan imbasan ultrasound. Sista-sista kecil ini menyebabkan ianya tidak dapat berkembang ke folikel atau telur matang, lalu menyebabkan hormon-hormon berkaitan kesuburan wanita seperti progesteron, estrogen, follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormon (LH) tidak dapat dirembeskan sewajarnya. Lalu menyebabkan gangguan keseimbangan hormon seks di dalam badan wanita menghidap PCOS.
Ingin ketahui lebih lanjut mengenai PCOS dan bagaimana ianya penyebab ketidaksuburan wanita? Teruskan membaca artikel ini.

PCOS Maksud: Memahami Sindrom Ovari Polisistik
Sindrom ovari polisistik atau polycystic ovary syndrome (PCOS) ialah kondisi di mana keseimbangan hormon seks wanita terjejas. Hanya 20% wanita didapati menghidap PCOS. Kebanyakan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko menghidapi PCOS. Oleh itu, penurunan berat badan dikaitkan dengan hilangnya simptom PCOS dan turunnya kadar hormon lelaki.
Secara lazimnya, PCOS turut mengakibatkan:
-
Kitaran haid yang tidak normal atau tiada haid langsung
-
Pertumbuhan jerawat dan bulu di bahagian badan dan wajah yang tidak diingini
-
Meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Menjelang umur 40 tahun, 40% wanita menghidap PCOS akan mengalami diabetes atau pre-diabetes.
Punca PCOS & Masalah Ketidakseimbangan Hormon
Setakat ini, punca masalah PCOS masih tidak diketahui. Faktor penyumbang kepada penyakit PCOS adalah seperti berikut:
Genetik / keturunan:
Kajian menunjukkan bahawa terdapat gen tertentu dikaitkan dengan pembawaan penyakit PCOS. Selain itu, sejarah keturunan penyakit PCOS juga mungkin menjadi salah satu faktor penyebab PCOS.
Rintangan terhadap insulin:
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Ianya berperanan mengawal paras glukosa (gula) ke paras normal di dalam badan. Insulin bekerja dengan menukar glukosa ke dalam bentuk yang mudah diguna pakai oleh sel-sel badan dan memindahkan glukosa ke organ-organ lain di dalam badan.
Dianggarkan 70 peratus wanita yang menghidap PCOS mempunyai rintangan insulin, mengakibatkan sel badan tidak dapat menggunakan glukosa sebaiknya. Keadaan ini menyumbang pada paras glukosa yang tinggi di dalam darah (diabetes) dan pertambahan berat badan (obesiti).
Lebihan gula di dalam darah mengakibatkan badan menghantar signal untuk penghasilan lebih banyak insulin. Insulin yang berlebihan ini mengakibatkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon androgen (hormon lelaki).
Keradangan tubuh:
Wanita PCOS akan mempunyai tahap keradangan yang tinggi di dalam badan akibat pertambahan berat badan. Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti of California mendapati terdapat hubungkait di antara keradangan berlebihan dan hormon androgen yang tinggi di dalam tubuh pesakit PCOS.
Adakah Penyakit PCOS Bahaya?
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) bukan hanya memberi kesan kepada kitaran haid dan kesuburan, tetapi juga boleh membawa kepada beberapa risiko kesihatan jangka panjang jika tidak dirawat. PCOS boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh, yang seterusnya meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik dan gangguan kesihatan.
Risiko jangka panjang jika tidak dirawat:
-
Diabetes Jenis 2:
Wanita dengan PCOS mempunyai rintangan insulin yang lebih tinggi, yang meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 40% wanita dengan PCOS akan mengalami diabetes atau pra-diabetes menjelang usia 40 tahun. -
Tekanan Darah Tinggi:
PCOS juga dikaitkan dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi), yang boleh menyebabkan masalah jantung dan strok dalam jangka panjang. -
Penyakit Jantung:
Wanita dengan PCOS berisiko lebih tinggi mengalami penyakit jantung disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, peningkatan berat badan, dan masalah metabolik yang berkaitan dengan sindrom ini. -
Kanser Endometrium (Selaput Dinding Rahim):
Masalah PCOS boleh meningkatkan risiko kanser rahim (endometrial cancer), terutamanya jika haid tidak teratur, masalah penebalan selaput dinding rahim yang tak optimum dan ketiadaan ovulasi. Masalah ketidakseimbangan hormon juga boleh meyumbang kepada risiko kanser endometrium. -
Masalah Kesihatan Mental:
Wanita dengan PCOS juga berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi, kebimbangan, dan gangguan mood. Punca masalah kesihatan mental dalam kalangan pesakit PCOS adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, tekanan sosial, dan kesan fizikal seperti pertumbuhan rambut berlebihan dan berat badan berlebihan. Keadaan ini menyebabkan mereka merasa rendah diri akibat keadaan fizikal yang tidak menarik, jerawat kronik dan stress akibat sukar hamil.
Penting untuk mendapatkan rawatan yang tepat untuk mengawal simptom dan mencegah risiko kesihatan jangka panjang yang berkaitan dengan sindrom PCOS.

Tanda-Tanda PCOS & Simptom Penyakit PCOS
Penyakit PCOS boleh didiagnosis menerusi rekod kitaran haid, kadar hormon androgen, imbasan ultrasound pada rahim dan perubahan berat badan.
Disebabkan PCOS menyebabkan ketidakseimbangan hormon, ianya mencetuskan beberapa simptom fizikal seperti perubahan berat badan dan tumbuhnya lebih banyak bulu pada badan wanita. Simptom-simptom sebegini sememangnya menggugat penampilan dan menyebabkan pesakit PCOS merasa rendah diri dengan penampilan mereka.
Antara simptom lain PCOS adalah seperti berikut:
-
Kitaran haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung
-
Kesukaran untuk hamil setelah lebih 2 tahun mencuba tanpa memakai sebarang peralatan pencegah kehamilan
-
Pertumbuhan bulu yang tidak terkawal pada bahagian badan dan wajah
-
Pertambahan berat badan
-
Rambut gugur
-
Kulit terlalu berminyak
-
Pertumbuhan jerawat tidak terkawal
-
Cenderung mengalami kemurungan
Sekiranya anda mengalami lebih dari satu tanda-tanda di atas, besar kemungkinan anda menghidap PCOS. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan rapi daripada doktor.
Cara Mengetahui Anda Ada Sindrom PCOS Atau Tidak
Jikalau anda mengalami gejala-gejala sindrom PCOS atau kebimbangan mengenai kesuburan anda, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar . Sindrom PCOS boleh didiagnosis melalui beberapa prosedur diagnostik yang melibatkan ujian darah dan imbasan ultrasound.
Proses diagnosis PCOS:
-
Ujian Darah
Ujian darah dilakukan untuk menyukat paras hormon androgen (hormon lelaki) dalam tubuh wanita. Wanita dengan PCOS seringkali mempunyai paras hormon androgen yang lebih tinggi, yang boleh menyebabkan gejala seperti jerawat, bersuara garau dan pertumbuhan bulu badan yang berlebihan. -
Imbasan Ultrasound
Imbasan ultrasound pelvis seperti Transvaginal Ultrasound digunakan untuk mengesan kehadiran sista kecil di dalam ovari. Sista-sista ini biasanya akan kelihatan seperti biji di dalam ovari apabila dilihat pada imej imbasan ultrasound dan menjadi tanda utama bagi diagnosis PCOS. -
Pemeriksaan Fizikal oleh Doktor
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk melihat gejala-gejala PCOS seperti pertumbuhan bulu berlebihan, jerawat, atau keguguran rambut. Mereka juga akan memeriksa kitaran haid anda untuk menentukan sebarang ketidakteraturan.
Cara Mengawal Simptom & Penyakit PCOS Malaysia
Simptom PCOS boleh dikawal dengan cara berikut:
Perubahan Gaya Hidup dan Menjaga Pemakanan
Pesakit PCOS disarankan untuk mengubah gaya hidup dengan menjaga pemakanan, bersenam,dan menurunkan berat badan. Simptom PCOS boleh dikawal dengan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak 5-10 peratus boleh mengembalikan kitaran haid normal dan kesuburan meningkat.
Dalam menjaga pemakanan, ramai yang tidak tahu makanan tidak berkhasiat menyebabkan simptom PCOS semakin teruk dan kilang telur “tidur”. Elakkan dari memakan makanan berpengawet tinggi seperti sos cili, MSG, santan kotak, mi segera dan makanan rapu.
Pilih makanan berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi tinggi. Dalam jangka masa panjang, kitaran haid akan semakin teratur dan kilang telur dapat berfungsi kembali seperti normal.
Bagi menjaga pemakanan sihat untuk tingkatkan kesuburan anda, dapatkan Susu Subur Efferty dan Suplemen Prote-C dari Efferty Mama untuk melengkapkan keperluan nutrisi. Antara nutrisi bagus untuk tingkatkan kesuburan adalah seperti asid folik, vitamin C, inositol dan prebiotik terdapat di dalam Susu Subur Efferty dan Suplemen Kahamilan.
Selain itu, penurunan berat badan dan menjaga pemakanan membantu mengurangkan risiko penyakit lain seperti diabetes, strok dan penyakit jantung.
Kawalan Simptom Menerusi Preskripsi Ubat
Terdapat ubat-ubatan gantian hormon dan ubat kesuburan seperti pil perancang dan progestin yang dipreskripsi oleh doktor bagi dapat membantu meregulasi kitaran haid dan mengawal simptom PCOS. Pengambilan ubatan ini haruslah mendapat preskripsi khusus dari doktor.

Pengalaman PCOS: Adakah Wanita Masih Boleh Hamil?
Semestinya boleh! Terdapat banyak kisah kejayaan pesakit PCOS berjaya hamil setelah kesuburan berjaya dikembalikan. Ada juga wanita yang menghidapi PCOS ini berupaya untuk hamil secara semulajadi tanpa bantuan rawatan kesuburan.
Sekiranya anda pesakit PCOS betul-betul serius hendak menimang cahaya mata, pertama sekali anda perlu mengawal simptom PCOS dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan menurunkan berat badan. Dalam jangka masa panjang, kesuburan dapat dikembalikan. Jika perlu dapatkan rawatan dan preskripsi doktor bagi kawalan simptom PCOS.
Sambil ikhtiar mengawal simptom PCOS, kembalikan kesuburan anda dengan makanan nutrisi tambahan dari Efferty. Susu Subur Efferty dan Suplemen Kahamilan diformulasi khas oleh Dr. Raihana Ismail untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi bakal ibu agar masalah kesuburan seperti PCOS dapat diatasi. Dapatkannya sekarang dengan melawat Shopping Page Efferty. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Penafian: Efferty sedaya upaya memastikan kandungan artikel ini berautoriti dalam topik yang dibincangkan. Maklumat yang dikongsikan oleh Efferty di dalam artikel ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Maklumat perubatan di dalam artikel ini hanyalah digunakan sebagai panduan am dan tidak boleh digunakan sebagai panduan diagnosis dan tujuan rawatan. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan.
Soalan Lazim Mengenai Penyakit PCOS
-
Apa itu penyakit PCOS dan maksud sebenarnya?
Maksud PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) dari sudut perubatan adalah keadaan di mana kilang telur (ovari) menghasilkan hormon lelaki (androgen) secara berlebihan. Ketidakseimbangan ini menghalang telur daripada matang dan dilepaskan setiap bulan (ovulasi), sebaliknya membentuk sista-sista kecil di sekeliling ovari. Keadaan inilah yang menjadi punca utama masalah kesuburan dan kitaran haid yang tidak teratur.
-
Apakah tanda-tanda PCOS pada wanita yang paling biasa berlaku di Malaysia?
Terdapat beberapa tanda PCOS fizikal dan dalaman yang perlu dipantau. Antara simptom yang paling kerap dilaporkan oleh wanita di Malaysia termasuk:
- Kitaran haid yang tidak teratur, berpanjangan, atau tiada haid langsung.
- Pertumbuhan bulu yang berlebihan pada wajah dan badan (hirsutisme).
- Masalah jerawat kronik yang sukar sembuh.
- Kenaikan berat badan mendadak atau kesukaran menurunkan berat badan (obesiti).
- Keguguran rambut dengan corak kebotakan lelaki.
-
Bolehkah pesakit PCOS berjaya hamil dan apakah peranan nutrisi sokongan persediaan kehamilan seperti Susu Efferty?
Ya, pesakit PCOS masih berpeluang cerah untuk berjaya hamil melalui pengurusan gaya hidup, penurunan berat badan, dan sokongan nutrisi yang tepat. Pengambilan nutrisi tambahan seperti Susu Efferty sangat disyorkan kerana ia diformulasikan dengan Inositol, Asid Folik, dan multivitamin. Inositol secara saintifik membantu meningkatkan sensitiviti hormon insulin, mengawal paras gula dalam darah, menstabilkan hormon, dan seterusnya meningkatkan kualiti ovum (telur) untuk menyokong ikhtiar hamil anda.
-
Bagaimana cara mengetahui PCOS atau tidak melalui ujian klinikal?
Tiada satu ujian tunggal untuk penyakit PCOS. Untuk pengesahan klinikal, pakar sakit puan akan mendiagnosis anda berdasarkan sekurang-kurangnya dua daripada tiga kriteria berikut:
- Semakan Rekod: Menilai sejarah kitaran haid anda yang tidak teratur.
- Ujian Darah: Mengukur tahap hormon untuk mengesan lebihan hormon androgen atau rintangan insulin.
- Imbasan Ultrasound: Memeriksa ovari melalui imbasan pelvis untuk mengesan kehadiran sista (polycystic) pada ovari anda.
-
Apakah punca utama penyakit PCOS dan adakah ia bahaya jika dibiarkan?
Walaupun punca PCOS yang spesifik masih dikaji, ia berkait rapat dengan faktor genetik (keturunan), rintangan terhadap insulin, dan tahap keradangan tubuh yang tinggi. Penyakit PCOS bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan jangka panjang. Selain menyukarkan kehamilan, PCOS yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti Diabetes Jenis 2 (kencing manis), tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan kanser endometrium menjelang usia 40 tahun.
